Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ziana Zain Konsert 2024 berjaya memenuhi jiwa lebih 5,000 penonton di Megastar Arena

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 27, 2024
in Berita
2
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PADA 25 Mei 2024 menjadi satu kenangan abadi dan kerendahan dari hati terdalam apabila bintang popular tanah air, Ziana Zain mempersembahkan konsert solonya setelah hampir dua abad berada dalam industri muzik.

Malam yang bergema dengan kelunakan suara yang memukau daripada Diva Pop Malaysia itu berjaya menyatukan hati lebih 5,000 penonton yang hadir di Megastar Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur.

Tarikh yang begitu bermakna buat Ziana atau nama sebenar Siti Roziana Zain, merupakan salah satu sari berita penting bukan sahaja dalam karier diva seni suara tersebut, malah, buat industri hiburan tanah air juga.

Permulaan persembahan dimulakan dengan dendangan lagu yang menjadi malar segar sehingga ke hari ini yang berjudul, Ada Suara Ada Cinta, membuatkan ramai penonton yang merupakan peminat setia Ziana teruja dan bersorak dengan kemunculannya di atas pentas.

Baca juga: Pancarkan keaslian dan kreativiti menerusi Konsert M.N45IR CIPTA pada Ogos depan

Seterusnya, persembahan diteruskan dengan sajian karya yang pernah melonjakkan nama Ziana suatu ketika dahulu seperti Dengarkanlah, Satu Detik, Sangkar Cinta, Tiada Kepastian dan Kasihku Pertahankan.

Bukan itu sahaja, suasana semakin hangat apabila penyanyi berusia 56 tahun itu mempersembahkan lagu Anggapanmu sekali gus membuatkan penonton seperti dibuai mimpi dengan lontaran vokal tinggi yang hebat.

Dalam masa sama, lagu tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri buat Ziana, malah, setiap bait liriknya memberikan maksud yang begitu mendalam sehingga boleh menyentuh hati setiap pendengar yang mendengarkannya.

Sebelum melabuhkan tirai, Ziana sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan konsertnya itu serta terharu dengan kehadiran peminat yang sudi menceriakan suasana konsert tersebut.

“Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih dengan kehadiran para peminat yang telah menjadi tulang belakang dalam kerjaya saya selama ini.

Baca juga: Charlie Puth luncurkan Hero, Taylor Swift sumber ilham

“Juga kepada pihak media yang sentiasa membantu saya dalam perjalanan karier dan tidakdak putus-putus membantu mempromosikan konsert ini,” ujarnya sambil tersenyum lebar.

Konsert tersebut yang berlangsung selama dua jam lebih diakhiri dengan kepuasan dengan dendangan lagu-lagu yang masih menjadi siulan para pendengar bagi yang muda mahupun yang sudah berumur seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Berpisah Jua, Dingin, Kekal dan Puncak Kasih.

Malam penuh gemilang itu ditaja oleh CSA Academy dengan kerjasama Anuar Zain Network Sdn Bhd, Ziana Zain Network Sdn Bhd serta Altus ProHouse.

Sekadar info, penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park yang pernah diadakan di PWTC atau kini lebih dikenali dengan World Trade Centre Kuala Lumpur pada tahun 2001. — Arena Muzik

Previous Post

Charlie Puth luncurkan Hero, Taylor Swift sumber ilham

Next Post

OMK (Oh My Kadhale) taruhan baru Ezra Kairo dan Zubir Khan

Next Post

OMK (Oh My Kadhale) taruhan baru Ezra Kairo dan Zubir Khan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.