Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Pancarkan keaslian dan kreativiti menerusi Konsert M.N45IR CIPTA pada Ogos depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 24, 2024
in Berita
2
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MEMILIH judul yang ringkas namun mengesankan iaitu CIPTA sebagai nama konsert terkini pada 10 Ogos 2024 yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dan ia cukup melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M.Nasir.

Seantero Nusantara tahu, seluruh karyawan seni sedar dan belajar daripada banyak karya yang telah diciptakan oleh M Nasir. Beliau adalah ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu dan semua yang berkaitan dengan penciptaan karya seni yang berkualiti tinggi.

Dalam setiap karya yang dicipta oleh pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed, jarang sekali tidak meledak saat dipasarkan sejak karya yang dibikin untuk
penyanyi solo lelaki dan wanita juga kugiran rock mahupun mengusung genre pop dan balada. Figura yang sudah mencecah umur 67 tahun itu masih meneruskan perjalanan seninya dengan mencipta karya luar biasa dan sehingga kini karyanya masih menjadi siulan ramai sama ada yang muda atau lama.

Baca juga: Feby Putri muncul sekali lagi, bakal gegar Zepp KL pada 27 Julai depan

Setelah hampir empat dekad berada dalam dunia muzik, penganjur Icon Entertainment sendiri, Iman Tang, percaya bahawa kemunculan beliau membuat konsert hebat tersebut bakal mencurahkan persembahan yang tidak akan dilupakan.

“Menerusi DATO’ M.N45IR CIPTA, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka.

“Dan di DATO’ M.N45IR CIPTA, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” ujar Iman Tang.

Sebagai seniman sejati, M.Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’, malah, belia memilih untuk memenuhi ruang hati peminat muziknya dan pulang dengan hati yang gembira setelah mendapat santapan jiwa yang sesuai dengan citarasa.

Baca juga: Perlu gabungkan Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta

Jangan lepaskan peluang keemasan yang boleh digenggam menjadi milik anda dan meyaksikan satu kreativiti yang mencatatkan sejarah buat penggemar muzik yang hadir ke konsert tersebut.

Dapatkan tiket dengan harga yang bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS) menanti anda.

Sudahkah anda bersedia? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan. — Arena Muzik

Previous Post

Feby Putri muncul sekali lagi, bakal gegar Zepp KL pada 27 Julai depan

Next Post

Charlie Puth luncurkan Hero, Taylor Swift sumber ilham

Next Post

Charlie Puth luncurkan Hero, Taylor Swift sumber ilham

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.