Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

OMK (Oh My Kadhale) taruhan baru Ezra Kairo dan Zubir Khan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 28, 2024
in Berita
1
19
SHARES
114
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT rakaman EMI Music Malaysia tampil dengan produk terbarunya iaitu “OMK (Oh My Kadhale)” daripada Ezra Kairo dan Zubir Khan yang telah diluncurkan pada 17 Mei 2024 serta berjaya mencecah lebih 700,000 tontonan di Youtube.

Setelah mengeluarkan lagu duet Anak Helang dan single berjudul Benar yang menerima lebih daripada satu juta pendengar, kini, mereka berjaya menghasilkan satu lagi karya bersama.

Tulisan lirik dan komposer bagi lagu OMK (Oh My Kadhale) adalah merupakan hasil daripada Ezra dan Zubir sendiri dengan kerjasama Mingaling. Lebih uniknya, lagu tersebut mempunyai campuran lirik Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil.

Baca juga: Ziana Zain Konsert 2024 berjaya memenuhi jiwa lebih 5,000 penonton di Megastar Arena

Menurut Ezra, dia berasa sungguh teruja dan gembira dengan sambutan penerimaan lagu itu daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun mempunyai lirik secara dwibahasa.

“Saya berasa amat gembira dengan sambutan dan penerimaan terhadap lagu “OMK (Oh My Kadhale)” daripada rakyat Malaysia. Lagu ini adalah dwibahasa, menggabungkan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu. Namun, saya tidak menyangka bahawa seluruh Malaysia akan mendengar dan menikmati lagu ini, terutama sekali masyarakat Melayu.

“Saya sangat berbesar hati dan bangga dapat mempersembahkan sebuah lagu yang menyatukan rakyat kita yang berbilang kaum,” ujar Ezra sambil tersenyum lebar.

Baca juga: Charlie Puth luncurkan Hero, Taylor Swift sumber ilham

Dalam masa sama, Zubir turut kongsikan rasa bangganya terhadap lagu yang mereka usahakan berjaya mendapat tempat di kalangan pendengar muzik.

“Lagu ini telah memberi kesan besar dalam hidup saya dan saya berbangga ia mendapat sambutan daripada kedua-dua komuniti Melayu dan India, menjadikannya lebih istimewa.

“OMK (Oh My Kadhale)” telah mencapai populariti yang luas dan membawa pengalaman muzik yang segar dan unik kepada rakyat kita dan semoga ia dapat menyatukan kita yang berbilang bangsa,” katanya sambil tersenyum bangga.

Untuk info, OMK (Oh My Kadhale) telah mencapai sebanyak lebih 120,000 pendengar di Spotify dan lagu tersebut boleh didengarkan di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music dan juga iTunes. — Arena Muzik

Previous Post

Ziana Zain Konsert 2024 berjaya memenuhi jiwa lebih 5,000 penonton di Megastar Arena

Next Post

Re:Birth The Experience konsert sulung DOLLA, bakal gegar Zepp KL Ogos depan

Next Post

Re:Birth The Experience konsert sulung DOLLA, bakal gegar Zepp KL Ogos depan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.