SELEPAS kejayaan luar biasa Konsert Cipta 2 pada 12 Oktober 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Datuk M. Nasir bakal kembali dengan sebuah konsert yang lebih unik dan berbeza, iaitu Konsert Cipta Raya pada 13 April 2025 di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert itu dijangka menjadi sambutan Syawal yang lebih bermakna dengan penggabungan elemen rumah terbuka dan juadah tradisional bersama-sama lagu raya yang dicipta olehnya sendiri.
Peminat akan berpeluang menikmati hidangan raya sambil menyanyikan lagu-lagu raya kegemaran mereka bersama Datuk M. Nasir di pentas.
Tiket untuk Konsert Cipta Raya dijual dalam beberapa kategori bermula daripada RM258 sehingga RM10,000 untuk VIP Box yang termasuk akses ke rumah terbuka dengan juadah raya.

Pembelian tiket akan dibuka pada 5 Mac 2025 melalui laman web rasmi, www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya.
Dengan kombinasi hiburan dan suasana raya yang lebih intimate, Konsert Cipta Raya ini pastinya memberikan peluang kepada peminat untuk mengeratkan silaturahim dalam suasana yang penuh kasih sayang.