Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

The A.C.A.B. imbau nostalgia selepas 18 tahun, bakal gegar Auditorium Muzik Bentley 1 Jun depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 3, 2024
in Berita
0
23
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS 18 berehat! Kumpulan THE A.C.A.B. kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan This Is THE A.C.A.B. – INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada 1 Jun depan.

Selain itu, ia dapat merawat kerinduan pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri, bagi THE A.C.A.B showcase tersebut merupakan momen yang dinanti-nantikan kerana sudah lama mereka berkeinginan untuk bertemu sahabat dan pengikut muzik mereka.

“Kami berharap para peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami.

Baca juga: Linkin Park pertimbang semula ingin muncul dengan vokalis baru pada tahun 2025

“Inilah masanya untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara. Dapatkan tiket segera kerana tiket early bird sudah habis dijual,” ujar Megat mewakili kumpulan yang turut merupakan penganjur bagi showcase itu.

Kini, selepas 18 tahun berehat, THE A.C.A.B. akan kembali untuk perjumpaan satu malam sahaja, THIS IS THE A.C.A.B. – INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara dalam sebuah showcase dengan satu-satunya album mereka serta barisan anggota asalnya pada 1 Jun 2024.

Sementara itu, THE A.C.A.B. merupakan kumpulan indie yang terdiri ahli kumpulan  A.C.A.B. sewaktu mereka bermain muzik Indie pada sekitar tahun 2005-2007. Pada 2003, A.C.A.B  telah pun mempersembahkan gig terakhir serta perpisahan mereka sebelum vokalis, Max melanjutkan pelajaran ke luar negara di London pada tahun yang sama.

Apabila Max kembali pada 2005, beliau membentuk THE A.C.A.B. dengan bekas ahli kumpulan A.C.A.B.  iaitu Edy pada gitar, Irfan pada dram serta Mono dari The Times pada bass serta Max pada gitar dan vokal.

Mencipta satu sejarah buat mereka, A.C.A.B. berjaya merakam satu-satunya album Indie mereka yang bertajuk, “THIS IS THE A.C.A.B.” pada tahun 2005. Apabila ia dipasarkan pada tahun 2006, album tersebut merupakan album terlaris di Malaysia selama 3 minggu berturut-turut di Carta RIM. 

Baca juga: Portable Door taruhan utama Deep Purple dalam album =1

Dalam tempoh yang singkat dari 2005 hingga 2007, THE A.C.A.B. berjaya memberi impak kepada persada muzik Indie Malaysia dengan muncul di dua buah  konsert iaitu Rock The World pada 2006 serta 2007.

Bukan itu sahaja, mereka berjaya muncul di beberapa buah festival seperti Digi Street Blast dan Hitz TV Birthday Bash selain membuat persembahan di beberapa rancangan serta showcase sendiri. 

Lagu mereka seperti “Setelah” & “Angkasa” sering dimainkan serta  berada di carta stesen radio. Malah mereka juga  membuat penampilan di Muzik-Muzik dengan lagu, “Setelah” yang kekal dalam pencalonan Juara Lagu sepanjang 2006-2007 sebelum berpisah pada 2007 dan  kembali kembali sebagai, “A.C.A.B.” pada tahun 2008. — Arena Muzik

Previous Post

Linkin Park pertimbang semula ingin muncul dengan vokalis baru pada tahun 2025

Next Post

Ratu OST kembali, Adira nyanyi lagu tema filem Memoir Seorang Guru berjudul Kasih

Next Post

Ratu OST kembali, Adira nyanyi lagu tema filem Memoir Seorang Guru berjudul Kasih

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.