Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Portable Door taruhan utama Deep Purple dalam album =1

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 1, 2024
in Berita
0
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock terkenal iaitu Deep Purple kembali dengan meluncurkan album baharu mereka yang berjudul, =1.

Single utama daripada album tersebut menjadi taruhan mereka yang berunsurkan genre rock berjudul Portable Door.

Ahli kumpulan Deep Purple kini terdiri daripada Ian Gillian selaku vokalis utama, Simon McBride (gitaris, vokalis sandaran), Roger Clover (pemain bass), Don Airey (pemain keyborad) dan Ian Paice (pemain drum).

Lagu Portable Door menunjukkan perspektif dan luahan seorang lelaki yang berasa kesal terhadap lontaran pendapat seseorang itu yang sukar untuk difahami.

Baca juga: Mantap Cuy gabungan rentas budaya antara Saixse, Kidd Santhe dan Atta Halilintar

Menarik tentang lagu itu, disaat kemuncak apabila alunan solo keyboard yang diilhamkan oleh Don Airey menguasai alunan melodi lagu tersebut.

Lagu itu kini boleh dimuat turun secara digital dan melalui perkhidmatan penstriman. Peminat yang memesan versi digital album juga akan menerima muat turun lagu secara percuma.

Keistimewaan video muzik Portable Door menampilkan Deep Purple yang membuat persembahan di hadapan skrin di mana, elemen animasi dari karya seni album mereka ditayangkan.

Di samping itu, video muzik “Portable Door” yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia kumpulan itu telah ditayangkan di saluran YouTube rasmi Deep Purple.

Baca juga: Pyra serlah gaya pop dystopian dalam album PYRADISE

Sekadar info, Portable Door adalah lagu baru pertama Deep Purple telah dikeluarkan sejak gitaris Simon McBride menyertai band. McBride menggantikan gitaris lama Steve Morse, yang meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2022 untuk memberi tumpuan kepada isu keluarga.

Sementara itu, Deep Purple melancarkan lawatan Amerika Utara pada musim panas nanti untuk meraikan ulang tahun ke-50 lagu klasik mereka Smoke on the Water.

Konsert Deep Purple seterusnya dijadualkan pada 1 Mei di Singapura. Band itu kemudian akan melancarkan perjalanan Eropah yang berlangsung dari pertengahan Jun hingga awal Ogos. Selepas lawatan Amerika Utara, kumpulan itu akan kembali ke Eropah untuk lebih banyak pertunjukan pada bulan Oktober dan November. — Arena Muzik

Previous Post

Mantap Cuy gabungan rentas budaya antara Saixse, Kidd Santhe dan Atta Halilintar

Next Post

Linkin Park pertimbang semula ingin muncul dengan vokalis baru pada tahun 2025

Next Post

Linkin Park pertimbang semula ingin muncul dengan vokalis baru pada tahun 2025

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.