Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Anggi Marito akhiri cerita cinta dalam Kisah Yang Lain

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 11, 2024
in Berita
0
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH berjaya dengan lagu hit, Tak Segampang Itu dan kolaborasi bersama Mario G menerusiTak Ingin Kau Terluka, Anggi Marito penyanyi Indonesia, kembali dengan karya baharu yang berjudul Kisah Yang Lain.

Single Kisah Yang Lain menyajikan irama muzik pop balada yang sesuai untuk membuai emosi pendengar sementelah tema single tersebut berkisarkan tentang percintaan.

Kerjasama Anggi dengan Clara Riva nyata menjadikan lagu tersebut sangat istimewa serta diterbitkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

Pelantun bersuara lantang itu menjelaskan bahawa Kisah Yang Lain menceritakan tentang seseorang yang sudah tidak kuat untuk memperjuangkan hubungan cintanya kerana pasangannya tidak mencintai dirinya lagi.

Baca juga: Rancakkan ritma di Festival Air Ultrasonik Siam Paragon

Baca juga: Akui tiada masalah dengan Ahmad Dhani, Once pilih karya solo untuk konsert di Malaysia

“Orang tersebut memutuskan untuk pergi dari hubungannya kerana dia percaya bahawa suatu hari nanti, pasangannya itu akan digantikan oleh orang yang lebih baik serta membahagiakan dirinya.

“Secara keseluruhannya, bagaimana kita harus melepaskan dan mengikhlaskan seseorang itu,” ujarnya sambil tersenyum manis.

Sementara itu, dari segi susunan muzik ia sesuai dengan cerita buat lagu tersebut dengan menangkap suasana kesenduan serta instrumen piano yang menjadi alunan ‘senjatanya’.

Melodi balada yang terasa kesedihannya apalagi dengan kualiti suara Anggi yang mampu menterjemahkan muzik serta liriknya sehingga ada satu rasa yang dapat dirasakan oleh sesiapa pun yang mendengarnya.

Lagu Kisah Yang Lain boleh didengarkan di semua paltform muzik digital sementara itu, video muziknya boleh ditonton di akaun Youtube rasmi Anggi Marito. — Arena Muzik

Previous Post

Rancakkan ritma di Festival Air Ultrasonik Siam Paragon

Next Post

Mengimarahkan Ramadan dengan 5 lagu popular sepanjang zaman

Next Post

Mengimarahkan Ramadan dengan 5 lagu popular sepanjang zaman

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.