RAMADAN menjadi bulan yang paling dinantikan oleh golongan mukmin. Bukan sahaja mengajar tentang erti bersyukur dan sederhana, malah berpuasa juga merupakan tanggungjawb ketiga Rukun Islam.
Selain memperbanyakan ibadah, salah satu cara yang dapat dilakukan bagi mengimarahkan Ramadan ialah dengan untaian lagu berunsur Islamik.
Tidak dinafikan, industri hiburan tempatan atau antarabangsa menawarkan variasi lagu berkisarkan Ramadan.
Justeru, Arena Muzik senaraikan lima lagu Ramadan terbaik yang kekal popular sehingga ke hari ini meskipun ada antaranya sudah mencapai usia lebih sedekad.
1. RAMADHAN – MAHER ZAIN
Alunan muzik yang mendayu dengan bunyi seruling, memberikan ketenangan buat siapa yang mendengarkannya. Lagu Ramadhan yang dibawakan oleh Maher Zain itu dikeluarkan pada tahun 2013. Walaupun sudah 11 tahun lagu tersebut diluncurkan tetapi masih menjadi siulan ramai apabila menjelang puasa.
Lirik yang memaparkan seseorang yang amat merindui akan bulan Pamadan yang mulia penuh keberkatan. Ramadhan juga sering dimainkan ketika era kemuncak populariti Maher di Malaysia pada tahun 2013.
Baca juga: Anggi Marito akhiri cerita cinta dalam Kisah Yang Lain
2. HARAPAN RAMADAN – RAIHAN FT. MAN BAI
Lagu Harapan Ramadhan ciptaan Man Bai, Farihin dan Ain dilancarkan sekitar 1999 yang menyasikan gabungan antara penyanyi, Man Bai dan Raihan. Meskipun sudah lebih usia dua dekad, namun lagu ini tetap menjadi pilihan halwa telinga pendengar sepanjang Ramadan.
3. RAMADAN TIBA – OPICK
Lagu Ramadan Tiba antara yang dianggap popular apabila tibanya Ramadan. Dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Opick, lagu Ramadan Tiba memiliki nada rancak yang membuatkan para pendengar terhibur.
Dilancarkan pada 2015, lirik lagu ini juga pernah dijadikan lelucon apabila liriknya ditukarkan kepada; “Ramadan tiba, Ramadan tiba, tiba-tiba Ramadan, tiba-tiba Ramadan.”
4. DIARI RAMADHAN RAFIQUE – BELLA ASTILLAH
Drama yang pernah popular pada tahun 2006 berjudul Diari Ramadhan Rafique tentu sahaja akan menggamit memori penggemarnya.
Naskhah itu juga antara yang popular dan masih diperkatakan sehingga ke hari ini biarpun sudah lama ditayangkan di televisyen.
Penyanyi asal bagi runut bunyi rasmi bagi drama tersebut adalah Bella Astillah.
Baca juga: Rancakkan ritma di Festival Air Ultrasonik Siam Paragon
5. RAMADAN DAN SYAWAL – RAMLI SARIP
Legenda rock tanah air, Ramli Sarip atau lebih gemar dipanggil Papa Rock menunjukkan kemampuan vokal beliau dalam lagu yang bertemakan bulan puasa yang ingin menjelang ke hari raya.
Selain itu, diiringi dengan tiupan seruling, paluan gendang serta petikan gitar akustik yang meruntun jiwa membawakan lagu tersebut sangat bermakna.
Ramadan dan Syawal dikeluarkan pada tahun 2017, vokalnya yang terkenal dengan tarik seraknya menjadikan lagu tersebut salah satu lagu wajib ketika bulan puasa dan syawal menjelang. — Arena Muzik