PENYANYI popular dari negara republik Indonesia, Once Mekel, memberitahu hubungannya bersama Ahmad Dhani yang merupakan pengasas kumpulan Dewa 19 berada dalam keadaan yang baik.
Sebelum ini, Once, 54, pernah dilarang untuk membawakan lagu ciptaan komposer Dewa 19 itu dalam sebarang persembahan solonya pada tahun lalu.
Kata Once, dia terkilan tetapi tidak menyimpan dendam di hati. Malah, hubungan antara mereka berdua masih dalam keadaan baik dan hanya tidak berpeluang berjumpa sahaja.
“Saya sejujurnya sudah lama tidak berjumpa dengan dia (Dhani), tetapi tidak bermakna kaminya tidak lagi berkawan atau bermusuh. Hubungan kami baik-baik saja,” katanya ketika ditemui Arena Muzik di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Baca juga: Pembunuh Malam dinobatkan Lagu Terbaik ALI2023
Baca juga: Dayang Nurfaizah, Aina Abdul antara bintang sertai konsert sulung Ajai
Kehadiran Once ke Kuala Lumpur adalah untuk mempromosikan Konsert Trio Terhebat Vol.1 yang akan berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, bersama-sama dengan Bams Samsons dan juga Marcell pada 4 Mei depan.
Dalam pada itu, Once menekankan bahawa dia akan membawakan lagu album solonya sendiri berbanding membawakan lagu-lagi hit kumpulan Dewa 19.
“Sudah semestinya saya akan membawakan lagu dari album saya sendiri. Peminat Malaysia juga tahu akan lagu-lagu yang saya cipta sendiri, dan peminat yang mendengarkan muzik saya bukan hanya mendengarkan lagu, tetapi ekspresi saya yang dicurahkan ke dalam lagu-lagu itu,” jelasnya tersenyum.
Justeru, Once juga telah mengumumkan lagu hit solo yang akan dibawakan pada konsert yang dianjurkan oleh Icon Entertainment itu seperti Dealova, Ku Cinta Kau Ada Apanya dan Matilah Kau.
Meskipun sibuk terlibat dalam pilihan raya di Indonesia baru-baru ini, Once kelihatan tidak keberatan untuk meluangkan masa membuat konsert di Malaysia. — Arena Muzik