ARTIS pop yang berbakat menulis lirik dan penerbit, Elijah Woods memilih Kuala Lumpur antara lokasi yang tersenarai bagi konsert jelajah ILU 24/7:365 pada 14 Mei depan di The Bee, Publika.
Perjalanan konsert tersebut akan bermula di Singapura pada 13 Mei dan akan diteruskan ke bandar Kuala Lumpur, Bangkok, Hong Kong, Manila, Tokyo dan Taipei, menyediakan pelbagai landskap budaya untuk lawatan muzikal yang menarik itu.
Pelantun lagu If You Want Love itu, keterujaannya terhadap jelajah Asia pertama dan dengan penuh sabar menjangkakan peluang untuk berkongsi muziknya dengan penonton baharu dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat.
“Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk mengadakan siri jelajah pertama di Asia. Saya ingin membuat persembahan dengan lagu-lagu saya dan kongsikan saat indah ini bersama peminat semua.
Baca juga: Festival SUPALAPA bakal ‘gegar’ suasana Genting Highland Mac depan
Baca juga: Justin Timberlake kembali dengan album baharu, Everything I Thought It Was
“Sudah semestinya saya akan memberikan persembahan yang baik supaya semua peminat yang hadir dan menyokong saya tidak akan melupakan saat yang mengembirakan mereka nanti,” ujarnya sambil tersenyum.
Konsert jelajah tersebut adalah peluang untuk melibatkan diri dalam pesta muzikal yang menjanjikan sesuatu yang ajaib buat peminat yang hadir.
Menariknya, tiket VIP berpeluang untuk bergambar bersama Elijah mengikut sesi bergambar secara profesional tetapi juga menawarkan akses masuk awal ke lokasi konsert dan kaunter barangan.
Jualan umum tiket akan bermula pada hari Rabu, 31 Januari dari 12.00 tengah hari, boleh layari golive- asia.com atau livenation.my. — Arena Muzik