Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Justin Timberlake kembali dengan album baharu, Everything I Thought It Was

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 25, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEBRITI terkenal Amerika Syarikat, Justin Randall Timberlake atau dikenali dengan nama pentasnya, Justin Timberlake, mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan album baharu berjudul Everything I Thought It Was.

Pengumuman tersebut telah mengejutkan peminatnya yang sudah lama menantikan kembalinya bintang pop itu ke dalam industri muzik.

Pelantun lagu Mirrors itu berkongsi berita tersebut menerusi video promosi yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Baca juga: Kolaborasi Badai, Randy Pangalila dalam album The Greatest Hits Vol. 1

Baca juga: Pemuja Wings bakal bawa pulang hadiah istimewa ‘otai rock’

Namun, video tersebut pertama kali ditayangkan ketika beliau mengadakan konsert di Memphis, Amerika Syarikat pada hari Jumaat lalu. Beliau turut mempersembahkan lagu terbarunya berjudul Selfish. Single tersebut pertama kali dibawakan olehnya serta merupakan projek terbaharu selepas enam tahun berehat dalam industri muzik.

Menurut laporan Billboard, lagu tersebut menggunakan genre R&B yang mengisahkan tentang cinta seseorang yang menyebabkan mereka sering cemburu dan pentingkan diri sendiri. Lagu itu kemungkinan besar akan disertakan dalam lagu dari album Everything I Thought It Was.

Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi mengenai kemunculan album dari ahli kumpulan NSYNC itu.

Sekadar info, projek album ini adalah enam tahun selepas JT melancarkan album Man of the Woods pada 2018. Album ini mengandungi 16 lagu dengan tajuk lagu berjudul Filthy, Supplies, dan Say Something. — Arena Muzik

Previous Post

Kolaborasi Badai, Randy Pangalila dalam album The Greatest Hits Vol. 1

Next Post

Festival SUPALAPA bakal ‘gegar’ suasana Genting Highland Mac depan

Next Post

Festival SUPALAPA bakal 'gegar' suasana Genting Highland Mac depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.