KALI terakhir penyanyi dan pelakon, Hannah Delisha muncul dengan lagunya adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.
Selepas tiga tahun, Hannah, 26, kembali menjadi penyanyi syarikat rakaman di bawah label Faithful Music. Sebagai buah tangan pertamanya, Hannah mempertaruhkan lagu Akan Tiba hasil ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Ja’a, Romeo dan Eugene Lai.
Hannah berkata, Akan Tiba adalah sebuah lagu yang membawa satu motivasi yang memaparkan mesej harapan dan daya tahan yang kuat.
Hannah menyalurkan emosi hanya ke dalam lirik, menggalakkan pendengar untuk bergerak ke hadapan, meninggalkan kesedihan lalu di belakang, dan percaya bahawa hari yang lebih cerah akan datang.
Baca juga: Gandingan Afgan, Lyodra bakal gegar Megastar Arena pada 28 September depan
“Lagu tersebut bukan hanya sekadar sebuah lagu biasa, melainkan lebih dari itu. Lagu motivasi ini menyampaikan pesan-pesan inspiratif mengenai harapan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran dengan penuh semangat.
“Melalui melodi yang penuh semangat dan melodi, lagu ini mampu merangsang perasaan positif dan memperkuat tekad untuk tidak menyerah di tengah cubaan hidup.
“Mendengarkan melodi yang menggerakkan jiwa dan lirik yang menghidupkan semangat, pendengar dapat merasakan kehangatan harapan yang mampu menyinari kegelapan. Dengan kata lain, lagu ini adalah sebuah sumber inspirasi yang mampu mempertajam fokus dan membangkitkan semangat juang untuk tetap melangkah maju dalam meraih impian,” ujarnya.
Baca juga: B.I tepati janji gegarkan Megastar Arena, lebih 3,000 peminat hadir
Bukan itu sahaja, elemen kreatif yang digabungkan dalam lagu tersebut, pastinya membuktikan bahawa Hannah adalah seorang artis serba boleh yang mampu mencipta impak dalam industri muzik tempatan.
Lagu Akan Tiba bakal dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2024 menerusi sesi siaran langsung yang bakal dikendalikan oleh Hannah di akaun TikTok miliknya bermula pukul 8.00 malam. Sesi siaran langsung itu dibuat selepas kali terakhirnya pada 2023 yang sebelumnya bersiaran tiga ke empat kali seminggu.
Serentak dengan itu, lagu tersebut juga boleh distrim di semua platform muzik digital dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music. — Arena Muzik