Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

B.I tepati janji gegarkan Megastar Arena, lebih 3,000 peminat hadir

Kamilia Ali by Kamilia Ali
July 5, 2024
in Berita
2
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MALAM yang penuh bermakna buat peminat yang menghadiri konsert rapper yang berasal dari Korea Selatan, B.I apabila dapat menyaksikan persembahannya di B.I 2024 Hype Tour di Megastar Arena pada Ahad.

Tidak mampu diungkap dengan kata-kata, itu adalah gambaran yang diberikan peminat B.I atau dikenali sebagai Identiti (ID) selepas menikmati konsert sulung pertamanya di ibu kota.

Kim Hanbin atau lebih gemar dipanggil B.I, meninggalkan kesan mendalam selepas berjaya memukau 3,000 peminat yang hadir dengan lagu Michelangelo sebagai pembukaan tirai konsert tersebut.

Penyanyi yang terkenal dengan vokalnya yang serak dan melodi nyanyian yang santai itu meneruskan persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti BTBT, Illa Illa, dan Keep Me Up.

Kemeriahan acara tersebut dihangatkan lagi dengan persembahan kolaborasi bersama artis jemputan istimewa yang diterbangkan khas dari Korea Selatan iaitu Leo, yang turut berada di bawah syarikat naugannya dan juga pernah berkolaborasi bersama B.I dengan lagu berjudul Pretty Plzz sebelum mendendangkan lagu solonya, Come Closer.

Dalam masa yang sama, B.I turut menghangatkan suasana dengan melakukan persembahan sambil berlegar-legar ke seluruh kawasan pentas sepanjang konsert bagi mendekati peminat sekaligus memberikan keseronokan maksimum kepada peminat yang hadir.

Konsert diteruskan dengan video khas yang disediakan ID bagi memberikan pesanan istimewa buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Selepas melihat video tersebut, B.I turut menjelaskan beliau tiada niat untuk melangkau Malaysia pada tahun lalu, namun disebabkan masalah-masalah teknikal yang memaksanya untuk tidak melawati Malaysia.

Persembahan diteruskan ke bahagian kedua konsert yang dianjurkan oleh Lofi Entertainment itu, peminat tidak diberikan peluang untuk berehat selepas aksi diteruskan dengan lagu-lagu rancak apabila tibanya sesi ‘encore’.

Istimewanya, encore mengajak peminat-peminat melompat dan menyanyi bersama selama satu jam dan diakhiri dengan lagu Beautiful Life yang dinyanyikan dengan penuh bertenaga oleh B.I dan pasukannya sebelum menamatkan acara untuk sesi Meet&Greet selepas konsert. — Arena Muzik

Previous Post

DOLLA hadiahkan Here4U buat peminat

Next Post

Yonnyboii serlah sisi rock jiwang menerusi Nadi

Next Post

Yonnyboii serlah sisi rock jiwang menerusi Nadi

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.