Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

DOLLA hadiahkan Here4U buat peminat

Kamilia Ali by Kamilia Ali
June 28, 2024
in Berita
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN gadis yang paling terkenal di Malaysia yang berjaya menembusi peringkat antarabangsa, DOLLA, mencipta jejak baharu dengan begitu cepat.

Sentiasa ada sesuatu yang baru di tangan mereka, kumpulan itu tidak dapat berhenti daripada mencipta lebih banyak kejayaan dan perkara tersebut merupakan bukti serta kesungguhan mereka dalam bekerja keras hingga menghasilkan populariti dan kehadiran sosial yang berterusan.

Baru sahaja mengumumkan konsert mereka yang akan datang beberapa minggu lalu, kini mereka muncul pula dengan sebuah karya hebat berjudul ‘Here4U’ yang mengukuhkan sokongan mereka terhadap para peminat mereka yang bergelar iDOLLAs.

Lebih istimewa, lagu tersebut dicipta dan ditulis bersama oleh salah seorang ahli kumpulan ini sendiri iaitu Tabby.

Baca juga: Peminat kecewa dengan konsert Linkin Park di Malaysia

“Semuanya bermula dari petikan muzik instrumental yang indah yang anda dengar dalam lagu itu! Salah seorang komposer lagu ini, Hyuk Shin memberi saya peluang untuk bersama-sama menulis lagu dan menghasilkan melodi.

“Dia dan seorang lagi komposer Chris Young, membimbing saya dengan baik sepanjang proses itu. Inspirasi besar di sebalik Here4U adalah iDollas. Mereka mengejutkan kami setiap kali dengan menyokong dan sentiasa bersama kami dalam setiap situasi sukar yang pernah kami lalui. Mereka benar-benar tulang belakang dalam kehidupan DOLLA.

“Saya juga mendapat inspirasi daripada DOLLA. Ini adalah ucapan terima kasih yang tulus kerana bertahan melalui semua halangan,” ujar Tabby dengan penuh teruja.

DOLLA dikenali dengan keunikan dalam lagu berserta tarian yang begitu bertenaga dan memukau, tetapi lagu baru pada kali ini didatangkan dalam dua versi iaitu satu dalam bahasa Malaysia yang ditulis oleh Putri Dahlia, Tabby dan Hyuk Shin, manakala versi Inggeris pula ditulis oleh Tabby dan Hyuk Shin.

Baca juga: Konsert solo Journey: Tanda 30 tahun perjalanan karier seni Awie

Bagi melengkapkan karya Here4U, sebuah lirik video yang menceritakan perjalanan mereka dari awal turut dihasilkan. Ia merupakan gambaran visual tentang apa yang telah mereka lalui untuk berada di tahap sekarang.

Dikatakan, video tersebut dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang telah mereka rakam menggunakan telefon bimbit masing-masing. Sudahpun berada di laman YouTube, babak-babak indah tersebut kini dikongsi untuk tatapan seluruh dunia.

Sungguhpun sibuk mengeluarkan single baru dan sedang membuat persiapan demi konsert mereka yang akan datang, gadis-gadis itu nampaknya bakal mengumumkan lebih banyak kejutan dalam masa terdekat.

Here4U kini berada di semua platform digital mulai 7 Jun 2024.

Previous Post

Peminat kecewa dengan konsert Linkin Park di Malaysia

Next Post

B.I tepati janji gegarkan Megastar Arena, lebih 3,000 peminat hadir

Next Post

B.I tepati janji gegarkan Megastar Arena, lebih 3,000 peminat hadir

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.