PENYANYI yang terkenal menerusi kuasa tular di media sosial, Charlie Puth, sekali lagi memberikan kejutan dengan meluncurkan lagu baharunya yang berjudul ‘Hero’ pada Jumaat.
Puth atau nama sebenarnya, Charles Otto Puth Jr kongsikan bahawa karya terbaharunya itu diilhamkan daripada penyanyi paling berperanguh iaitu Taylor Swift dalam album The Tortured Poets Department.
“Saya tidak pernah mengeluarkan lagu seperti ini sebelum ini dan ini sangat berbeza bagi saya, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada @taylorswift kerana memberitahu saya secara Muzik bahawa saya tidak dapat menyimpannya di cakera keras saya lagi,” tulisnya menerusi media sosial milik sendiri.
Baca juga: Pancarkan keaslian dan kreativiti menerusi Konsert M.N45IR CIPTA pada Ogos depan
Pelantun lagu Light Switch itu menyatakan bahawa disebalik lagunya itu menceritakan seorang individu yang disayangi mencederakan diri sendiri, merosakkan perkara-perkara dalam hidup mereka yang baik, tetapi tiada siapa dapat menyelamatkannya.
Jelasnya, lagu tersebut agak sensitif tetapi baginya, dalam menghasilkan karya tersebut ia memberikan satu rasa yang berbeza buat sesiapa yang mendengarkannya.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi album saya yang seterusnya dengan anda, terutamanya lagu ini kerana ia merupakan perwakilan yang hebat tentang apa yang akan datang.
Baca juga: Feby Putri muncul sekali lagi, bakal gegar Zepp KL pada 27 Julai depan
“Kadang-kadang saya sedikit gugup kerana terlalu jujur dalam muzik saya tetapi saya fikir seseorang di luar sana memberi saya tanda bahawa saya perlu melepaskannya.
“Jadi saya mengisytiharkan ‘Hero’ akan keluar di mana-mana pada 24 Mei sebagai single pertama album baru saya. Terima kasih atas sokongan anda dan anda tahu siapa anda,” ujarnya lagi.
Lagu Hero akan mengikuti single Puth baru-baru ini iaitu “Lose My Breath” dengan kerjasama Stray Kids, “Lipstick” dan “That’s Not How This Works” bersama Dan + Shay serta Sabrina Carpenter. — Arena Muzik