Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Feby Putri muncul sekali lagi, bakal gegar Zepp KL pada 27 Julai depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 21, 2024
in Berita
1
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KALI pertama muncul di Malaysia pada Mac 2023 melalui konsert Feby Putri Live in Kuala Lumpur, momen tersebut juga merupakan kali pertama penyanyi dengan nama Feby Putri itu terbang keluar dari negara kelahirannya, Indonesia.

Tidak menyangka diberikan peluang untuk membuat konsert perdana di luar negara, sambutan terhadap konsert yang dibawakan oleh Miebird Projects pada tahun lalu sangat memberangsangkan.

Melihat sambutan hangat yang diberikan kepada penyanyi dengan nama sebenarnya Feby Putri Nilam Cahyani, pihak Miebird Projects secara esklusif sekali lagi membawakan Feby dan kali ini dengan judul KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, “DETIK. MENIT. JAM” KUALA LUMPUR.

Dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 27 Julai 2024, di Zepp Kuala Lumpur, konsert kedua Feby Putri itu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

Baca juga: Perlu gabungkan Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta

“Selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh para peminat terhadap Feby Putri tahun lalu, pihak Miebird Projects rasa terpanggil untuk menyatukan semula Feby dan para peminat di sini melalui KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, “DETIK. MENIT. JAM” KUALA LUMPUR.

“Semoga dengan kembalinya Feby ke Kuala Lumpur dapat menyembuhkan rasa rindu peminat terhadap penyanyi kesayangan ramai tersebut,“ ujar Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.

“Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

Baca juga: Dalia Farhana luah rasa kesal menerusi Curang

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pula,” ujar Feby teruja untuk muncul untuk konsert keduanya itu.

Jangan lepaskan peluang “healing” bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pada 27 Julai nanti.

Pembelian tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com. — Arena Muzik

Previous Post

Perlu gabungkan Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta

Next Post

Pancarkan keaslian dan kreativiti menerusi Konsert M.N45IR CIPTA pada Ogos depan

Next Post

Pancarkan keaslian dan kreativiti menerusi Konsert M.N45IR CIPTA pada Ogos depan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.