Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ratu OST kembali, Adira nyanyi lagu tema filem Memoir Seorang Guru berjudul Kasih

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 5, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KREDIBILITI dimiliki penyanyi Adira Suhaimi dalam industri muzik tanahair tiada siapa boleh pertikai. Dia berjaya mencorak kanvas seni tersendiri dengan bakat yang dimiliki.

Malah, aura bintang itu sudah terpancar sejak di awal kemunculan kerjaya beliau.

Selepas lebih sedekad dalam industri muzik, Adira sudah merakamkan lebih 10 lagu runut bunyi hingga diberikan jolokan ‘Ratu Soundtrack’.

Terbaharu, Adira sekali lagi berpeluang merakamkan lagu runut bunyi bagi filem ‘Memoir Seorang Guru’ yang diterbitkan oleh Nova Music hasil ciptaan Ayden Ali, Adeef Den, Iqie Hugh serta lirik oleh Datuk Arisz Abd Rahman berjudul Kasih.

Baca juga: The A.C.A.B. imbau nostalgia selepas 18 tahun, bakal gegar Auditorium Muzik Bentley 1 Jun depan

Baca juga: Linkin Park pertimbang semula ingin muncul dengan vokalis baru pada tahun 2025

Pelantun lagu Ombak Rindu itu berkata, dia bernasib baik dapat bekerjasama dengan barisan komposer hebat itu selain bangga diberi penghormatan sekali lagi untuk menyanyikan lagu runut bunyi buat filem terbaharu.

Tidak kisah dengan jolokan ‘Ratu Soundtrack’, naib juara program realiti, Akademi Fantasia musim kelapan itu hanya mahu kekal relevan dalam era muzik semasa.

Adira menyifatkan dirinya bertuah apabila lagu runut bunyi yang dirakamkan kerap diputarkan baik di panggung wayang, kaca televisyen atau radio. Ini sekali gus, dapat mempopularkan lagu yang dinyanyikan.

Video muzik lagu “Kasih” kini boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini https://youtu.be/p86rNp0NWNM.

Sekadar info, filem ‘Memoir Seorang Guru’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mei 2024.

Filem adaptasi novel Azizi Hj Abdullah ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama serta pelakon Ellie Suriaty, Zul Huzaimy, Nabila Huda, Johan Asa’ri, Trisha Ooi dan ramai lagi. — Arena Muzik

Previous Post

The A.C.A.B. imbau nostalgia selepas 18 tahun, bakal gegar Auditorium Muzik Bentley 1 Jun depan

Next Post

Konsert solo pertama B.I, sedia ‘HYPE UP’ bersama peminat Malaysia pada Jun depan

Next Post

Konsert solo pertama B.I, sedia 'HYPE UP' bersama peminat Malaysia pada Jun depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.