Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Mantap Cuy gabungan rentas budaya antara Saixse, Kidd Santhe dan Atta Halilintar

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 30, 2024
in Berita
0
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mencipta fenomena dalam industri muzik Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse muncul dengan lagu terbaru mereka, “Mantap Cuy”. Gabungan ini turut menampilkan YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar (yang kini tersenarai di antara Top 3 Asia).

Kidd Santhe yang merupakan penerbit lagu Mantap Cuy berkata, lagu terbaru itu meraikan bukan sahaja kemenangan besar, tetapi juga kemenangan kecil dalam kehidupan penyanyi yang membawa genre rap tersebut.

“Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan, lagu tersebut memberi inspirasi serta mengambil setiap cabaran itu dengan positif,” kata Kidd.

Baca juga: Pyra serlah gaya pop dystopian dalam album PYRADISE

Pemilihan perkataan yang menjadi tajuk utama itu adalah gabungan slang Malaysia dan Indonesia untuk menangkap semangat dan keterujaan tentang sesuatu, sama seperti menyebut “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Atta tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan daripada Kidd untuk bekerjasama menghasilkan karya seperti itu.

“Saya sudah lama minat budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ (yang juga trending di Indonesia!), jadi apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung.

“Saya sangat teruja untuk peluang menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, di samping dua yang terbaik dalam industri,” kata Atta sambil tertawa kecil.

Di samping itu, Kidd Santhe dan Saixse bukan sahaja menggubah Mantap Cuy bersama, malah mereka turut berkolaborasi menghasilkan lirik bersama Atta Halilintar. Projek tersebut juga menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

Baca juga: Din dan Kid tampil dengan Konsert Search ‘Gemuruh’ 29 Jun depan

Lebih menariknya, penggambaran video muzik itu pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala, Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia. 

“Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia merupakan pengalaman yang luar biasa bagi saya. Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat,” kata Saixse, menandakan kali pertamanya menggadakan penggambaran video muzik di luar negara.

Mantap Cuy bakal diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 26 April 2024. Video muzik rasmi pula akan dilancarkan pada 30 April 2024 secara eksklusif di halaman YouTube Kidd Santhe. — Arena Muzik

Previous Post

Pyra serlah gaya pop dystopian dalam album PYRADISE

Next Post

Portable Door taruhan utama Deep Purple dalam album =1

Next Post

Portable Door taruhan utama Deep Purple dalam album =1

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.