LAGU Pembunuh Malam nyanyian kumpulan Lunar diangkat sebagai Lagu Terbaik dan Kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Lagu Indie 2023 (ALI2023) pada Khamis yang berlangsung di Spacerubix, Puchong, Selangor.
Menewaskan 15 saingan lagu lain, kemenangan Lunar itu lantas melayakkan mereka untuk mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 beserta trofi.
Tidak hanya itu, sebanyak enam anugerah lain turut dipertandingkan iaitu Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Pop Terbaik, Anugerah Rock Terbaik, Anugerah Hip Hop dan Anugerah Lagu Terpaling Platinum Cik.
Bagi Anugerah Hip Hop Terbaik telah dimiliki oleh LXF manakala, kumpulan Vota pula memenangi kategori Anugerah Rock Terbaik menerusi lagu Souled Out sekali gus masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000.
Baca juga: Dayang Nurfaizah, Aina Abdul antara bintang sertai konsert sulung Ajai
Baca juga: Juara ALI23 bakal bawa pulang RM36,000
Dalam pada itu, Odelia Tirza telah mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dengan lagunya Stargazing menerima wang tunai sebanyak RM5,000 bersama trofi kemenangan dan Anugerah Lagu Terpaling Platinum Cik dimenangi oleh Armpunk Sindicate menerusi lagu Noisy Punk mendapat trofi dan wang tunai RM1,000.
Turut terlibat dalam ALI2023, tujuh barisan juri daripada artis profesional muzik tanah air yang menjadi tonggak utama penilaian menyumbangkan 70 peratus pemarkahan iaitu Wingmengsg, Juwita Suwito, AG Coco, Edwin Raj, Diandra Arjunaidi, Roshan Jamrock dan Ariana Adnan.
Terdahulu, ALI2023 menerima sekitar 626 buah penyertaan lagu sehinggkan mendapat 11 ribu undian awam secara tidak langsung pemarkahan adalah berdasarkan 30 peratus undian penonton dan 70 peratus undian juri profesional.
Menariknya, persembahan istimewa daripada kumpulan Bunkface sebagai artis undangan sebagai penutup dengan lagu Silly Lily, Situasi dan Malam Masih Muda memeriahkan lagi malam Anugerah Lagu Indie 2023 tersebut. — Arena Muzik