Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Misha Omar muncul dengan Masihkah Ada Rasa Itu? selepas 4 tahun

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 5, 2024
in Berita
0
28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI seorang penyanyi yang mementingkan kejujuran dan kesempurnaan dalam berkarya, Misha Omar begitu teliti selain bersikap selektif dalam pemilihan lagu untuk memastikan karya dihasilkan dapat diterima umum, seterusnya menjadi rujukan dan berdaya tahan merentas masa.

Hampir empat tahun tanpa single baharu iaitu Tanpa Rela pada Ogos 2020, Misha kini kemunculan lagu Masihkah Ada Rasa Itu? sekali gus menoktahkan penantian peminat yang sentiasa mendambakan karya terkini daripada beliau.

Kehadiran single baharu penyanyi berumur 42 tahun itu menyaksikan kerjasama Misha dengan komposer Sharon Paul yang pernah mencetus fenomena menerusi lagu Sampai Bila.

“Sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri, peminat sedia maklum akan kekuatan dan kekurangan saya. Justeru, saya mencari sebuah karya yang dapat membantu dan pada masa sama, menyerlahkan lagi kekuatan serta kematangan saya.

“Sepanjang empat tahun itu, saya berusaha mencari di samping mengkaji keberagaman lagu pop yang dihasilkan penyanyi lain untuk disesuaikan selera peminat masa kini. Bertitik tolak dari situ terlahirnya Masihkah Ada Rasa Itu?,” katanya.

Baca juga: Liza Hanim pukau peminat dengan Takdir Itu Milik Aku

Baca juga: Raye catat rekod baru, menang 6 anugerah BRIT 2024

Sinonim dengan karya balada, Misha bersama Sharon dibantu Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal berusaha menyuntik sedikit nuansa baharu dalam gaya penyampaiannya tanpa sesekali membelakangkan identiti yang sudah sebati dengan dirinya.

Misha menyifatkan Masihkah Ada Rasa Itu? yang liriknya ditulis oleh Que Afiq dan ia juga merupakan hasil kolaborasi bersama dua syarikat rakaman yang amat gah di Malaysia, Sony Music Entertainment Malaysia dan Alternate Records Sdn Bhd menjadikan karya itu lebih ringan dari sudut penceritaannya berbanding karya terdahulu seperti Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan dan Sampai Bila.

“Lagu ini membawa pendengar terkenang perkara yang sudah berlalu, namun masih belum dilepaskan sepenuhnya. Saya bersyukur dengan bantuan Syafinaz, tuntutan lagu itu dapat saya sampaikan dengan baik,” katanya.

Untuk info, single baharu Misha itu bakal menjadi lagu tema drama bersiri, Wanita Syurga lakonan Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Nazim Othman yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 sepanjang ramadan nanti. — Arena Muzik

Previous Post

Liza Hanim pukau peminat dengan Takdir Itu Milik Aku

Next Post

Selam Lagu: Kasa Rubia lambang kesucian takdir cinta

Next Post

Selam Lagu: Kasa Rubia lambang kesucian takdir cinta

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.