Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Raye catat rekod baru, menang 6 anugerah BRIT 2024

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 4, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI baru Amerika Syarikat (AS), Rachel Agatha Keen atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Raye membawa pulang sekali gus enam anugerah di Anugerah BRIT (BRIT Awards) 2024.

Raye yang berumur 26 tahun itu memenangi anugerah artis terbaik, album terbaik iaitu My 21st Century Blues dan lagu terbaik, Escapism.

Mencatat sejarah tersendiri, Raye memecahkan rekod untuk pencalonan terbanyak oleh seorang artis dalam satu tahun secara tidak langsung digelar artis baru terbaik, menurut penganjur upacara tahunan, British Phonographic Industry (BPI).

“Saya amat berbangga dengan album ini. Saya jatuh cinta dengan muzik. Apa yang saya mahu menjadi seorang artis dan sekarang saya seorang artis dengan album tahun ini,” katanya.

Dalam masa sama, Raye turut memenangi kategori genre R&B dengan lagu yang sama sekali lagi memberikan impak besar buat dirinya yang baru sahaja melonjakkan nama dengan lagu barunya itu.

Lebih daripada separuh, 55 peratus pencalonan tahun ini menampilkan artis wanita, sama ada sebagai artis solo atau sebagai sebahagian daripada Kumpulan Wanita.

Baca juga: Joe Flizzow ‘bongkar’ kisah sebenar dunia hip hop dalam This Is Johan

Baca juga: Luahan emosi Nomad dalam Mengejar Cinta

Jungle memenangi kumpulan terbaik, manakala kumpulan rock Bring Me The Horizon memenangi kategori alternatif/rock, mengalahkan Blur dan Rolling Stones.

Selain itu, Dua Lipa, yang juga mempunyai tiga pencalonan, memenangi anugerah genre Pop dengan lagu Dance The Night.

Penyanyi AS SZA turut memenangi kategori artis antarabangsa, mengalahkan Taylor Swift dan Miley Cyrus yang terdahulu memenangi lagu terbaik antarabangsa tahun ini iaitu lagu hitnya Flowers.

Dalam pada itu, kumpulan rock Indie Boygenius memenangi Kumpulan Antarabangsa Terbaik dan menjelang anugerah itu, Kylie Minogue dinobatkan sebagai ikon global BRITs 2024 di samping kumpulan indie rock The Last Dinner Party dinyatakan sebagai pemenang Anugerah Rising Star.

Sekadar info, Raye berpisah dengan label rakamannya pada 2021 untuk bekerja sebagai artis bebas selepas dia berkata label itu telah menahan album sulungnya.

Istimewa baginya apabila dia dinobatkan sebagai BRITs Songwriter of the Year. Beliau adalah wanita pertama yang memenangi anugerah itu sejak dilancarkan pada tahun 2022. — Arena Muzik

Previous Post

Joe Flizzow ‘bongkar’ kisah sebenar dunia hip hop dalam This Is Johan

Next Post

Liza Hanim pukau peminat dengan Takdir Itu Milik Aku

Next Post

Liza Hanim pukau peminat dengan Takdir Itu Milik Aku

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.