PENYANYI rap Malaysia, Joe Flizzow mengangkat martabat serta sokong kepada perkembangan industri muzik tanah air dengan siaran dokumentari autobiografi pertama iaitu This Is Johan pada Jumaat lalu.
Hasil kerjasama antara Hotlink, Universal Music Group dan Viu berjaya mempersembahkan dokementari tersebut yang meliputi dua bahagian berasingan iaitu mencatatkan kisah evolusi Joe yang merangkumi jejak pemuzik rap itu serta usaha untuk menubuhkan genre hip-hop di Malaysia.
Tujuan utama gabungan kerjasama yang berkenaan adalah sebagai usaha untuk memperkukuhkan perkembangan industri muzik di Malaysia dan memberi inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka dalam bidang diceburi masing-masing.
“Sebagai penyedia penyelesaian bersepadu untuk golongan belia, kami amat teruja untuk menggunakan peluang istimewa ini dengan mempamerkan semangat #BikinSampaiJadi sebagai inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Konsumer Hotlink di Maxis.
Joe Flizzow yang juga telah mewakili Hotlink sebagai salah seorang duta sejak 2022 telah berkongsi pengalaman bahawa proses perfileman dokumentari ini telah dirakam secara santai.
Baca juga: Luahan emosi Nomad dalam Mengejar Cinta
Baca juga: Lagu Ayah Ibu debut sulung Amir Sisi
“Harapan saya untuk dokumentari ini tidak terhad kepada catatan kisah kerjaya saya, tetapi juga sebagai inspirasi kepada bakal artis untuk membara semangat dan merangkul kejayaan masing- masing. Untuk saya, ia adalah proses “menang atau belajar”. Tiada istilah seperti kalah, tetapi belajar.
“Saya ingin penonton untuk melihat pengalaman manis dan pahit saya dan rasa bersemangat untuk mencapai impian mereka walau apapun cabaran yang mereka akan hadapi. Percayalah, momen 5 pagi inilah yang akan membentuk anda untuk menjadi seorang legenda kelak,” ujar penyanyi rap itu.
Ketua Pengarah Urusan Universal Music Malaysia turut menzahirkan rasa teruja dan berharap dokumentari itu dapat memberi peluang untuk para penonton menonton kisah perjalanan Joe Flizzow yang menakjubkan serta kemeriahan industri muzik di Malaysia.
Tambahnya lagi, kisah pengalaman Joe sejak permulaan beliau dalam industri muzik ini adalah bukti daripada ketekunan, titik peluh beliau dan juga keupayaan transformasi hasil seni seperti muzik
Bermula pada 29 Februari 2024, dokumentari This is Johan akan disiarkan secara khas di laman penstriman Viu. Para pengguna Hotlink boleh memperolehi kod percuma sebulan Viu Premium daripada aplikasi Hotlink untuk menonton kedua-dua bahagian dokumentari ‘This is Johan’. — Arena Muzik