PENYANYI dan pencipta lagu berkebangsaan Kanada-Indonesia, Bams atau nama sebenar Bambang Reguna Bukit, merupakan antara vokalis terawal dalam kumpulan Samsons sekitar 2003 hingga 2012.
Bams pada awalnya memulakan kerjaya nyanyian sebagai vokalis kepada kumpulan Percusionist Infinity akan tetapi, kumpulan tersebut telah dibatalkan sebelum sempat untuk membuat rakaman lagu.
Ketika itu juga Bams mendirikan kumpulan Samsons dan meluncurkan album debut pertama mereka yang berjudul Naluri Lelaki pada tahun 2005 dan album kedua pada tahun 2007 iaitu Penantian Hidup.
Lagu Kenangan Terindah adalah lagu utama Samsons dalam album Naluri Lelaki dan pernah menjadi fenomena serta lagu hit sehingga berjaya meledakkan nama kumpulan Samsons di Malaysia.
Baca juga: Once, Marcell dan Bams gegar pentas Kuala Lumpur Mei depan
Baca juga: Merindu jadi ubat kerinduan peminat MADAM
Bukan sahaja dulu malah, sehingga kini lagu tersebut masih menjadi pilihan halwa telinga para pendengar dengan bait lirik yang begitu indah dan maksud yang mendalam.
Barangkali ramai yang tidak mengetahui dengan lebih lanjut bahawa vokalis utama bagi lagu hit itu adalah ternyata Bams sendiri yang pada ketika itu masih bersama kumpulan itu sebelum membuat keputusan untuk bergerak solo pada tahun 2012.
Oleh kerana lagu tersebut popular sehingga peminat yang baru mendengarkan lagu itu tidak mengetahui tentang vokalis sebenar disebalik lagu yang bernada tinggi itu.
Terdahulu, sejurus selepas meninggalkan kumpulan Samsons, dia telah mengeluarkan album secara solo yang berjudul Terbebas Terlepas pada 2013.
Sekadar info, Bams bakal muncul bersama Marcell Siahaan dan Once Mekel atas satu pentas dalam konsert Trio Terhebat Vol.1 pada 4 Mei depan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dibawakan oleh Arena Muzik dan ICON Entertainment.
Tiket boleh didapati dengan melayari www.ticket2u.com pada harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458, RM558 dan RM1,388. — Arena Muzik