Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Once, Marcell dan Bams gegar pentas Kuala Lumpur Mei depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 20, 2024
in Berita
0
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT Trio Terhebat (Vol 1) bakal menyaksikan kemunculan tiga penyanyi hebat Indonesia iaitu, Once, Marcell dan Bams atas satu pentas di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpu pada 4 Mei depan.

Dibawakan oleh portal dalam talian Arena Muzik, Pengasasnya, Syafiq Sunny berkata, kerjasama dengan Icon Entertainment merupakan satu gandingan mantap sekali gus merancakkan lagi industri seni persembahan tanah air.

“Saya mewakili Arena Muzik berterima kasih dan berbangga apabila mendapat sokongan baik daripada Icon Entertainment. Ini adalah satu program yang terbaik pada tahun ini.

“Harapan saya program ini berjalan dengan lancar dan semoga semua yang membeli tiket dapat hadir ke konsert ini akan terhibur dengan tiga pria tampan nanti,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Konsert Trio Terhebat Vol. 1 di ibu kota pada Selasa.

Tiket Konsert Trio Terhebat (Vol 1) boleh didapati di www.ticket2u.com pada harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458, RM558 dan RM1,388.

Sementara pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus, manakala pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus. — Arena Muzik

Tags: Trio Terhebat (Vol 1)
Previous Post

Merindu jadi ubat kerinduan peminat MADAM

Next Post

Kenangan Terindah jadi kekuatan Bams Samsons

Next Post
Foto: Akbar

Kenangan Terindah jadi kekuatan Bams Samsons

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.