Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ismail Sabri ‘restu’ niat Joanne Duke ingin jadi penyanyi

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 8, 2024
in Berita
0
11
SHARES
64
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BERMULA dengan minat gadis anak jati Bidayuh, Joanne Duke yang mula berjinak-jinak dalam industri muzik tanah air.

Karya ciptaan sepenuhnya oleh Archie Nasution, lagu Cinta Tidak Buta menjadi buah tangan pertama Joanne buat peminat walaupun masih hijau dalam industri hiburan tempatan.

Mesra disapa sebagai Joanne, berkongsi video nyanyian di TikTok dan Instagram menjadi langkah pertama buatnya membuka mata khalayak terhadap bakat dimiliki.

Kemudian, takdir menentukan segalanya apabila bakatnya itu berjaya di kesan oleh salah sebuah syarikat penerbitan sekali gus merealisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi.

“Salah seorang kawan sering berkongsi video nyanyian saya. Kebetulan kawan kepada kawan saya itu bekerja di Sony Music,

Baca juga: Lagu Taylor Swift, Miley Cyrus antara 5 karya popular 2023

Baca juga: Shaa kembali mempetaruhkan Kau Bukan Milikku

“Individu berkenaan ada menghubungi saya menerusi Instagram, tetapi saya tak perasan mesejnya. Kemudian, kawan saya tolong aturkan pertemuan bersama pihak Sony Music awal Julai lalu,” ujarnya saat berkongsi kisah perjalanan seni dalam industri muzik.

Selesai perbincangan empat mata, syarikat rakaman terkemuka itu kemudian mencadangkan untuk Joanne tampil dengan lagu pop meskipun dia adalah pencipta lagu balada.

Single pertama Joanne Duke yang berjudul, Cinta Tidak Buta.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu menyahut cabaran dan jatuh cinta dengan lagu Cinta Tidak Buta yang disifatkan berkait rapat dengan pengalaman lalunya.

Menariknya, Joanne bakal bekerjasama dengan komposer terkenal, Audi Mok untuk menampilkan single yang kedua darinya akan datang.

Dalam pada itu, menurut Joanne, kerjaya sebagai penyanyi tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya dan menganggap bahawa ianya satu rezeki.

Sekadar info, Joanne pernah bertugas menjadi pembantu eksekutif merangkap pembantu peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah, dia mendapat ‘restu’ serta galakkan daripada beliau seperti seorang bapa. — Arena Muzik

Previous Post

Lagu Taylor Swift, Miley Cyrus antara 5 karya popular 2023

Next Post

Hadiah Melly Goeslow untuk peminat Malaysia 1 Jun depan

Next Post
Foto - Instagram/Melly Goeslow

Hadiah Melly Goeslow untuk peminat Malaysia 1 Jun depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.