Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Wali Band, Fadhilah Intan gegar pentas Pulau Pinang

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 25, 2023
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN pop, Wali Band yang berasal dari Indonesia bakal kembali dengan konsert istimewa buat orang Pulau Pinang pada 3 Februari depan di Spice Arena, Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, konsert kali ini turut menampilkan penyanyi Fadhilah Intan yang terkenal dengan lagu Dawai, Saixse dan juga Khai Bahar sebagai bintang undangan.

Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 dan sehingga kini masih tersenarai dalam penyanyi berkumpulan popular.

Tidak dinafikan, Wali Band sentiasa tampil dengan idea dan konsep baharu dalam lagu mereka. Kumpulan itu juga tidak gentar melakukan eksperimen muzik dengan mencuba pelbagai genre seperti rock, pop alternatif dan balada.

Baca juga: 15 tahun dalam industri, Hyper Act hadiahkan peminat konsert Februari depan

Baca juga: Mahalini luah ‘Sisa Rasa’ di Mega Star Arena Februari depan

Selain aktif dalam bidang muzik, kumpulan tersebut juga pernah muncul membintangi filem bertajuk Baik-Baik Sayang yang diterbitkan pada 2011 seiring dengan lagu hit dengan judul yang sama.

Wali Band bakal temui peminat di Pulau Pinang, 3 Februari depan.

Difahamkan, Wali Band akan mempersembahkan sekitar 15 buah lagu dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ atau kesedaran hijau.

Dianjurkan oleh Orange International, tiket konsert tersebut bileh didapati di ticket2u.com.my/walipenang.

Antara lagu popular mereka ialah Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu. — Arena Muzik

Previous Post

Gabungan 2 datuk dalam Konsert Sifu dan Aku

Next Post

Kekesalan Alvin dalam Over Again

Next Post

Kekesalan Alvin dalam Over Again

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.