Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kekesalan Alvin dalam Over Again

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 26, 2023
in Berita
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEBRITI berwajah tampan yang aktif sebagai pelakon, Alvin Chong kini mula berjinak-jinak menceburkan diri sebagai penyanyi dengan menggunakan panggilan Alvn sebagai nama pentas.

Muncul dengan single baharu bertajuk Over Again, Alvin memberitahu, lagu tersebut menceritakan tentang kekesalan dalam hubungan kekasih ekoran terburu-buru memutuskan hubungan sehingga mengakibatkan kedua-dua pihak tersakiti.

Perasaan kekesalan yang timbul menjadi ‘titik noktah’ sekali gus memilih untuk mengakhiri hubungan dengan penuh rasa duka.

Itulah yang digambarkan Alvn dalam lagu baharu yang dihasilkan oleh sekumpulan pemuzik hebat terdiri daripada Lew Jia Hao, Chaw Liang Xin, Jayson Teoh Xiong Phen, dan Chai Shing Di, selain dirinya sendiri turut terlibat dalam penulisan lirik lagu.

“Walaupun begitu, keindahan yang dirasai tidak dapat dihalang hingga memaksa kitaran pedih itu berulang, akhirnya membawa kepada satu titik di mana seseorang itu kehilangan jati diri mereka,” ujarnya lagi.

Baca juga: Wali Band, Fadhilah Intan gegar pentas Pulau Pinang

Baca juga: Gabungan 2 datuk dalam Konsert Sifu dan Aku

Jejaka kelahiran Pulau Pinang itu juga sentiasa terbuka dan berminat untuk mencuba pelbagai genre muzik dan melakukan eksperimen dengan membawa irama berbeza.

“Muzik slow rock ialah genre baharu yang saya ingin cuba. Lagu ini mempunyai ritma muzik berbeza. Bermula dengan nada yang sangat rendah pada permulaan dan akhirnya korus yang rancak.

“Saya percaya Over Again pasti dapat menghiburkan peminat dan saya sendiri mampu untuk mempersembahkannya secara langsung dengan live band,” katanya.

Selain itu, Alvn turut teruja untuk berkongsi bahawa video muzik untuk laguterbabit yang menjalani penggambaran di luar negara di Switzerland.

Over Again tajuk lagu baru Alvin Chong (ALVN).

Lagu ini juga menjadi pengenalan kepada album penuhnya yang bakal muncul tidak lama lagi. Alvn memberitahu, terdapat tiga buah lagu lagi akan dilancarkan sebelum melengkapi album sulungnya itu.

“Terdapat tiga lagi lagu akan dikeluarkan sebagai single seterusnya manakala saya masih lagi dalam proses menghasilkan karya terbaik sebelum bersedia mengeluarkan album pertama nanti,” kata pelakon drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot itu.

Lagu Over Again kini boleh didengari di semua platform digital sejak 8 Disember lalu manakala video muzik pula boleh ditonton di YouTube

Sebelum ini Alvn pernah berkolaborasi bersama penyanyi daripada Korea Selatan baru-baru ini dan menghasilkan lagu Onemorenight bersama Youha. — Arena Muzik

Tags: alving chongover againover aginsingle baru
Previous Post

Wali Band, Fadhilah Intan gegar pentas Pulau Pinang

Next Post

Ceritera hidup Hael Husaini dalam Antonim (Part I)

Next Post

Ceritera hidup Hael Husaini dalam Antonim (Part I)

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.