Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Syafiq Farhain Hidupkan Kembali Suara Arwah Saleem Melalui Lagu Raya Baru

admin by admin
March 26, 2025
in Berita
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi Syafiq Farhain telah merealisasikan sebuah impian yang lama terpendam untuk ‘berduet’ dengan bapanya, allahyarham Saleem.

Melalui teknik suntingan kreatif, Syafiq berjaya mempersembahkan lagu Cinta Di Hari Raya dalam versi duet, sebuah karya yang memberi makna mendalam kepada dirinya dan para peminat.

Lagu itu asalnya dirakamkan oleh allahyarham tujuh tahun lalu dan kini diberi nafas baru dengan gabungan suara Syafiq.

Versi terbaru ini dilancarkan pada 21 Mac lalu, menjadi hadiah istimewa buat para peminat sempena sambutan Hari Raya.

Menurut Syafiq, rakaman lagu itu tidak seperti biasa.

Ia mengambil masa lebih lama kerana keperluannya untuk mengawal emosi.

“Idea ini datang daripada saya sendiri untuk meneruskan legasi arwah Abah.

“Lagu ini mengubat sedikit rindu, bukan sahaja buat saya, tetapi untuk semua peminat,” katanya.

Dia berkata, perasaan rindu terhadap insan tersayang tidak pernah pudar.

“Sebagai seorang anak, rindu kepada abah tetap kekal di hati. Sesiapa yang pernah kehilangan pasti memahami apa yang saya rasa,” ujarnya.

Walaupun hanya melalui suntingan audio dan visual, karya itu sangat bermakna buat Syafiq.

Beliau berharap lagu itu dapat menyentuh hati pendengar dan menyampaikan mesej kasih sayang serta kerinduan.

“Saya berharap karya ini mengubati rindu peminat kepada arwah.

“Semoga mesej yang disampaikan meninggalkan kesan mendalam,” katanya.

Syafiq juga membuka ruang untuk kemungkinan merakam semula lebih banyak lagu nyanyian bapanya pada masa akan datang, bergantung kepada ketersediaan bahan rakaman asal.

Allahyarham Saleem, yang dikenali sebagai ikon muzik tanah air, meninggal dunia pada 14 Oktober 2018 akibat kemalangan.

Previous Post

‘Raya Nak Ke Mana?’ Lagu Baru Siti Nurhaliza Cecah 100,000 Tontonan Dalam Sehari

Next Post

M.Nasir mahu cetus budaya konsert besar setiap kali Aidilfitri tiba

Next Post

M.Nasir mahu cetus budaya konsert besar setiap kali Aidilfitri tiba

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.