MALAM yang menjadi sejarah apabila kumpulan pop terkenal, Westlife, kembali menyinari dengan persembahan yang begitu memukau berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun 2024.
Persembahan yang dinanti-nantikan oleh peminat Malaysia menjadi kenyataan apabila kumpulan itu berjaya membawakan 20 buah lagu mereka yang terkenal pada suatu ketika dahulu pada malam itu.
Mencatat memori indah, ahli kumpulan yang terdiri daripada Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan, manakala Mark Feehily tidak dapat hadir atas faktor kesihatan, mampu membuat penonton berasa teruja dengan kemunculan mereka tepat pukul 6.00 petang di atas pentas Arena of Stars.
Baca juga: Vanessa Reynauld curahkan rasa rindu menerusi Erti Rindu
Permulaaan persembahan, ketiga-tiga ahli muncul dengan bergaya dan mula mendendangkan lagu World of our Own dan diikuti dengan I Lay My Love on You dan Nothings Gonna Change My Love For You.
Setelah selesai mendendangkan tiga buah lagu, mereka memberikan sedikit ucapan dan menyapa 5,132 penonton yang membanjiri setiap ruang di lokasi berkenaan.
Selesai sahaja beramah mesra bersama penonton kesayangan mereka, mereka meneruskan persembahan dengan karya yang pernah menjadi fenomena pada tahun 90-an dan membangkitkan semula memori indah buat peminat yang seiring dengan umur mereka iaitu Bop Bop Baby, Fool Again, If I Let You Go dan Hello My Love.
Aura yang masih menyengat dan konsert yang berlangsung itu terletak kira-kira 1,800 meter dari aras laut memberikan suasana ‘warm’ dan memenuhi jiwa peminat yang hadir.
Baca juga: Bagai rumah kedua, Cokelat bakal gegar Zepp KL pada September depan
Sementara itu, persembahan diteruskan dengan lagu-lagu hits Westlife iaitu Flying Without Wings, Seasons in The Sun, Beautiful In White, Looking Like That, Uptown Girl, Swear It Again, More Than Words dan banyak lagi.
Dalam masa sama, Nicky sempat berseloroh bersama peminat apabila dia cuba menyampaikan perkataan yang baru dicari dalam bahasa Melayu dan perkara tersebut mencuit hati para penonton dengan kelihatan sungguh comel kerana dia begitu berusaha untuk berbunyi seperti orang Melayu.
Persembahan penutup oleh trio itu mendendangkan lagu yang masih menjadi siulan ramai sehingga kini iaitu You Raise Me Up dan My Love selain, trio tersebut meminta kesemua peminat untuk berdiri dan menyanyi bersama mereka sehingga tamat.
Konsert yang berlangsung dengan jayanya dibawa khas anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions sementara, radio SINAR, MIX dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi. — Arena Muzik