Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Vanessa Reynauld curahkan rasa rindu menerusi Erti Rindu

Kamilia Ali by Kamilia Ali
June 7, 2024
in Berita
1
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BERKAT kehebatan vokal yang dimilikinya, Vanessa Reynauld kembali dengan sebuah lagi karya baharu berjudul ‘Erti Rindu’ buat para pencinta seni muzik tempatan.

Sejak mula menjadi artis rakaman beberapa tahun lalu, Vanessa atau nama sebenarnya Vanessa Ben Reynauld, 24, semakin hari semakin dikenali ramai.

Lagu yang dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh Affan Mazlan itu merupakan sebuah balada yang dijangka mampu mencuri perhatian para pendengar.

Disebalik lagu tersebut ia mengisahkan tentang perasaan rindu pada seseorang. Malah ia boleh dikaitkan dengan orang yang masih bersama kita namun berada jauh di tempat yang lain atau ia boleh juga menggambarkan perasaan rindu pada seseorang yang telah tiada lagi di muka bumi.

Baca juga: Bagai rumah kedua, Cokelat bakal gegar Zepp KL pada September depan

“Terpulang pada pendengar untuk menginterpretasikan lagu ini dengan cara mereka sendiri. Intinya, lagu ini tentang rindu,” jelas Vanessa mengenai karya baharunya itu.

Walaubagaimanapun, setiap proses pasti ada cabarannya, tetapi kerjasama Vanessa dan Affan berjalan dengan lancar dan berjaya mengendalikan cabaran tersebut menjadi satu gambaran yang tersendiri menerusi Erti Rindu.

“Biasanya saya akan sentiasa cuba menyampaikan lagu mengikut gaya persembahan dan nyanyian saya tersendiri. Namun kali ini semasa bekerjasama dengan Affan Mazlan selaku produser dan pencipta lagu, saya diminta untuk mengubah gaya penyampaian saya.

“Ini kerana Affan telah pun mempunyai gambarannya yang tersendiri tentang cara ia ingin lagu ini dipersembahkan,” katanya sambil tersenyum lebar.

Baca juga: Joanne Duke tinggalkan pesan dalam Tek Tik Kotor

Namun, proses rakaman hanya mengambil masa sekitar empat jam sahaja dan Vanessa cukup berpuas hati dengan hasilnya walaupun ada beberapa perkara yang boleh diubah.

“Tapi oleh kerana produser dan pencipta lagu ini sudah mempunyai visinya yang jelas dan tersendiri untuk karyanya ini, saya ikut arahannya kerana yakin bahawa inilah yang terbaik buat lagu tersebut menurut pencipta lagu,” ujarnya lagi.

Tarikh keramat keluncuran lagu Erti Rindu adalah pada 7 Jun 2024 (Jumaat) dan boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Untuk info, Vanessa pernah memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di acara penuh berprestij, Anugerah Industri Muzik pada tahun 2022. — Arena Muzik

Previous Post

Bagai rumah kedua, Cokelat bakal gegar Zepp KL pada September depan

Next Post

Westlife menyinari malam 5,000 peminat di Arena of Stars

Next Post

Westlife menyinari malam 5,000 peminat di Arena of Stars

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.