PENYANYI yang berasal dari negara republik, Indonesia, Tiara Ardini baru sahaja selesai dengan projek muzikalnya bersama Arsy Widianto, kini kembali mengeluarkan lagu terbaharu yang diberi judul “Kupu-Kupu”.
Single “Kupu-Kupu” itu sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan muzik ala K-Pop. Kini Tiara memberikan sesuatu yang segar dengan membawa nuansa muzik tarian pop ala 80-an.
Pengisian lagunya itu, Tiara bekerjasama dengan Laleilmanino yang dikenali sebagai pencipta lagu-lagu hit masa kini di Indonesia sekali gus bertindak sebagai komposer dan penulis lirik bagi lagu tersebut.
Baca juga: Re:Birth The Experience konsert sulung DOLLA, bakal gegar Zepp KL Ogos depan
Kupu-Kupu diluncurkan di bawah bendera label rakaman Universal Music Indonesia yang merupakan syarikat label rakaman Tiara selama berkecimpung di dalam dunia muzik.
“Saat pertama dengar lagu ini saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman didengar, dan lagunya juga sangat rancak, apalagi ini ciptaan Laleilmanino, saya sangat suka bekerjasama dengan mereka,” ujar Tiara sambil tersenyum lebar.
Sedikit perkongsian buat lagu barunya itu merupakan simbolik penceritaan tentang dua orang yang sama-sama saling suka, namun saling tidak berani menyampaikan perasaan cinta tersebut.
Baca juga: OMK (Oh My Kadhale) taruhan baru Ezra Kairo dan Zubir Khan
“Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan. Ini terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita lagunya,” katanya.
Walaubagaimanapun, pelancaran “Kupu-Kupu” sangat dinantikan oleh para Mootiara, iaitu para peminat tegar penyanyi comel itu, kerana sebelum ia dikeluarkan, Tiara memberikan banyak pembayang bertemakan kupu-kupu yang membuat para peminat tertanya-tanya.
Single Kupu-Kupu sudah tersedia di semua platform digital. Untuk video muziknya ia boleh ditonton di akaun rasmi YouTube milik Tiara Andini.— Arena Muzik