Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 bakal gegar Johor Bahru Jun depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 14, 2024
in Berita
0
47
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

FESTIVAL Aku.Muzik dan Kamu (AMK) kembali pada tahun ini dan yang pastinya akan menggemparkan Selatan Semenanjung tanah air dengan barisan artis popular.

CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0 itu akan menyaksikan persembahan artis yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru.

Barisan pesohor muzik termasuklah kumpulan Masdo, IAMNEETA, Siaxse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.

Menariknya, penyanyi terkenal dari Indonesia, Afgan akan diterbangkan khas ke Malaysia untuk ‘mencairkan’ pengunjung-pengunjung dengan lagu hit seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu serta penampilan Kumpulan Nidji yang tidak pernah mengecewakan dalam persembahan penuh tenaga mereka.

Baca juga: Risiko gabungkan MK, Tuju, Benzooloo, Ghidd dan Meerfly

Baca juga: Mengimarahkan Ramadan dengan 5 lagu popular sepanjang zaman

Selain itu, mewakili kebanggaan seluruh warga Johor, kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula pukul 3.00 petang sehingga 12.00 malam.

“Tahun ini, kami meyangkakan kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak.Festival muzik kali ini akan terus menampilkan sembilan persohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia. Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citarasa pengunjung nanti.

“Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket,” kata Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.

Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongsi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.

Untuk pembelian tiket, harga bermula dari RM229 (CHILL ZONE-FREE SEATING), RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROZK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my. — Arena Muzik

Previous Post

Risiko gabungkan MK, Tuju, Benzooloo, Ghidd dan Meerfly

Next Post

Afif Tirmizie, Nikki Palikat bersatu dalam Dugaan Takdir Cinta

Next Post

Afif Tirmizie, Nikki Palikat bersatu dalam Dugaan Takdir Cinta

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.