PENANTIAN hampir satu dekad peminat CNBLUE di Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila artis dari Korea Selatan itu ibarat akan mengadakan konsert CNBLUENTITY pada 20 April depan di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Atas usaha dan kerjasama Hit Maker Entertainment serta Lo-Fi Entertainment, impian untuk menyaksikan kumpulan jejeka tampan di atas pentas berjaya sekali gus memenuhi permintaan peminat.
CNBLUE terdiri daripada Yonghwa sebagai vokalis utama dan pemain gitar, pemain dramnya iaitu Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.
Konsep yang dibawakan dalam konsert tersebut adalah untuk menggambarkan identiti trio mereka sebagai satu kumpulan dengan gabungan nama band dan perkataan ‘identity’ menjadi CNBLUENTITY.
Lebih menarik lagi, CNBLUE akan memikat hati peminat di Malaysia dengan lagu-lagu yang melonjakkan nama mereka seperti I’m a Loner dan I’m Sorry, Love and Can’t Stop
Selain itu, band pujaan gadis-gadis itu juga akan menghiburkan peminat dengan lagu baharu di samping dapat meluangkan masa beramah mesra bersama peminat setia yang digelar BOICE.
Sepanjang kerjaya mereka, CNBLUE melakar sejarah mereka dengan menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards (2010,2012-2017), Mnet Asian Music Awards (MAMA) pada 2010, 2011 dan 2014 hingga 2016 dan Melon Music Awards.
Baca juga: Ernie Zakri ‘jual’ lagu Masing-Masing ke Indonesia
Baca juga: Once, Marcell dan Bams gegar pentas Kuala Lumpur Mei depan
Jualan tiket mula dijual pada 29 Februari bermula pukul 12 tengahari di www.ticketingtix.com.
Zon BOICE (Berdiri – RM798) – Hanya 900 peminat berpeluang menonton band membuat pemeriksaan bunyi (soundcheck), 900 peminat dapat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 200 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.
Zon THEN (Duduk – RM698) – Hanya 100 peminat berpeluang menonton soundcheck, 100 peminat dapat menyertai Sesi Selamat Tinggal dan 60 peminat mendapat poster yang ditandatangani beserta Lanyard berlamina terhd semasa prajualan.
Zon NOW (Duduk – RM598) – Poster ditandatangani untuk 40 peminat bersama Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.
Zon FOREVER (Duduk – RM398) – Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.
Sebelum jualan untuk umum, prajualan dalam talian akan disediakan dan peminat boleh membuat pendaftaran di https://bit.ly/3UzKfCZ dengan kapasiti terhad bermula 23 Februari selama tiga hari sahaja.
Pendaftar yang berjaya akan mendapat akses prajualan tiket pada 28 Februari pada pukul 12 tengahari dan menerima lanyard cenderahati istimewa. — Arena Muzik