Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Anugerah Lagu Indie angkat martabat ‘artis underground’

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 10, 2024
in Berita
0
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ANUGERAH Lagu Indie (ALI) merupakan satu platform yang diwujudkan khas untuk memberi pengiktirafan kepada barisan lagu indie yang kini sudah memasuki tahun keempat penganjuran pada 7 Mac depan.

Anugerah itu juga secara tidak langsung menjadi acara yang dinantikan oleh komuniti muzik indie.

Dalam pada itu, anugerah itu telah dianjurkan sebagai acara tahunan sejak tahun 2020 dengan misi utama untuk membuka peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah bakat mereka dalam mencipta lagu dan nyanyian.

Baca juga: Terima kasih Kuala Lumpur – D’Masiv

Anugerah ini sedang dalam fasa pencalonan 30 terbaik yang akan berakhir pada 31 Januari 2024, sebelum melangkah ke peringkat lima senarai terbaik pada 20 Februari depan.

“Anugerah Lagu Indie bukan anugerah berdasarkan populariti, sebaliknya elemen indie dan kualiti lagu itu sendiri yang menjadi kriteria utama dalam komponen penilaian juri.

Baca juga: Bams, Marcell dan Once bakal bergabung atas satu pentas 4 Mei depan

“Anugerah ini sangat penting dalam menambah variasi kepada lagu-lagu yang popular sekarang ini menerusi media mainstream,” kata Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Faris.

Terdahulu, ALI musim pertama pada 2020, lagu Penawar oleh Margosa telah dinobatkan sebagai juara. Seterusnya, musim kedua (2021); lagu Enge Port, Arunboii telah tampil sebagai juara; ketiga (2022), Sinaran oleh Late Night Frequency ft. Ichu. — Arena Muzik

Previous Post

Pentas impian Liza Hanim

Next Post

Pemilik Hatiku jadi taruhan sulung HarsonBee

Next Post

Pemilik Hatiku jadi taruhan sulung HarsonBee

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.