Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Megan Thee Stallion luah perasaan dalam Hiss

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 28, 2024
in Berita
0
Foto: Instagram/theestallion

Foto: Instagram/theestallion

8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

LAGU Hiss yang baharu sahaja dilancarkan ikon muzik hip hop, Megan Thee Stallion yang dilancarkan pada Jumaat lalu menuai pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Si cantik berusia 29 tahun dengan nama lengkap Megan Jovon Ruth Pete dikenali dengan nama pentasnya, Megan Thee Stallion menyatakan lagu baharu hasil sebagai sentuhan baru kepada lagu bertemakan ular berikutan pelancaran Cobra tahun lalu.

Intipati lagu tersebut menampilkan keyakinan dan keupayaannya untuk menepis perhatian mereka yang cuba menjatuhkannya.

“Saya mahu menepis perbualan kosong ini dan tidak mengendahkannya. Saya tidak perlu membersihkan nama saya terhadap perkara tidak bermanfaat.

“Setiap kali nama saya disebut, salah seorang daripada kamu semua mendapat perhatian 24 jam. Perkara yang saya perlu tanggung ini agak berat, namun saya perlu melepaskannya pergi,” antara bait kata yang terdapat pada awal lagu itu.

Baca juga: Elijah Woods pilih rantau Asia bagi konsert jelajah ‘ILU 24/7:365’ tahun ini

Baca juga: Festival SUPALAPA bakal ‘gegar’ suasana Genting Highland Mac depan

Lagu Hiss adalah kesinambugan tema ular berdasarkan single terdahulu yang dilancarkan pada November 2023.

Secara tidak langsung, video muzik tersebut memaparkan seorang wanita yang cuba untuk meninggalkan masa lalunya dan muncul semula dengan sisi berbeza.

“Sama seperti ular ‘menggugurkan’ kulitnya, begitu juga dengan kita yang mesti membuang masa lalu kita biarpun perlu dibuat berulang kali,” katanya memetik laporan antarabangsa, NME.

Sebelum ini, Megan pernah bekerjasama dengan Cardi B dalam Bongos manakala album penuh Megan adalah pada tahun 2022 yang berjudul Traumazine.

Dalam tahun yang sama juga, dia juga telah menjadi hos rancangancSaturday Night Live dan membuat cameo dalam siri, She-Hulk. — Arena Muzik

Previous Post

Elijah Woods pilih rantau Asia bagi konsert jelajah ‘ILU 24/7:365’ tahun ini

Next Post

Sweet Charity ‘pukau’ ribuan peminat di Zepp KL

Next Post
Gambar: Kamarul & MEM

Sweet Charity 'pukau' ribuan peminat di Zepp KL

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.