Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Naim Daniel bakal lancar lagu duet dengan Jamal Abdillah

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 8, 2024
in Berita
0
10
SHARES
59
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, pelakon dan komposer, Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, atau dikenali sebagai Naim Daniel, bakal mengeluarkan lagu duet bersama penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah.

Naim berkongsi gandingan dengan raja pop itu terjadi setelah menghantar satu mesej di Instagram mengusulkan tentang lagu duet yang dihasilkan olehnya itu.

Katanya lagi, dia tidak menyangka bahawa pelawaan untuk berduet itu dipersetujui oleh penyanyi hebat tersebut.

“Lagu yang berjudul Urat dicipta bersama Firdaus Rahmat. Pada mulanya lagu ini diciptakan untuk orang lain tetapi bila saya dengar semula, saya rasa nak nyanyikannya sendiri. Bukan secara solo tetapi berduet.

Baca juga: Ara Johari tunggu masa sesuai lancar lagu baharu

Baca juga: Hadiah Melly Goeslow untuk peminat Malaysia 1 Jun depan

“Sejurus itu, saya cuba DM (Direct Message) Datuk Jamal menerusi Instagram. Memang tak sangka dia akan balas mesej saya dan minta dihubungi melalui telefon,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Pesta Muzik Kuantan baru-baru ini.

Setelah ditanya mengenai pengalaman bekerjasama dengan Jamal, Naim tidak menyangka penyanyi tersebut mempunyai aura yang sangat tenang tetapi tetap bergaya (chill and cool).

“Bayangkan hari pertama rakaman, saya dan Firdaus agak gementar untuk berhadapan dengan lagenda sepertinya.

“Tetapi bila berjumpa dengan Datuk Jamal, dia memang sangat cool. Rakaman pertama sahaja memang dah sangat bagus dengan nyanyian hebat darinya. Dia juga menghormati keputusan kami sebagai pencipta lagu,” katanya kepada Arena Muzik.

Naim juga mengumumkan bahawa lagu duetnya itu akan dikeluarkan pada Februari depan.

Sekadar info, Naim bakal terlibat dalam Pesta Muzik Kuantan pada 24 Februari depan di Stadium Darul Makmur, Pahang serta bakal terlibat dalam drama siri berjudul Projek Exit. — Arena Muzik

Tags: jamal abdillahNaim daniel
Previous Post

Ara Johari tunggu masa sesuai lancar lagu baharu

Next Post

Pesta Muzik Kuantan sambut kepulangan Agong ke Pahang

Next Post

Pesta Muzik Kuantan sambut kepulangan Agong ke Pahang

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.