Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Konsert VR Jack Harlaw catat sejarah tersendiri

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 6, 2024
in Berita
0
Foto - Instagram/Jack Harlow

Foto - Instagram/Jack Harlow

6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI asal Amerika Syarikat (AS), Jack Harlow ‘tersenyum puas’ apabila dapat memberikan persembahan terbaik sekali gus berjaya meraih sokongan padu daripada peminat.

Meskipun sekadar dilakukan secara dalam talian atau virtual, tetapi konsert tersebut mampu mencatat lebih puluhan ribu penonton pada 3 Januari lalu.

Konsert itu juga menampilkan Harlow mempersembahkan beberapa untaian lagu popular antaranya, Lovin On Me, Denver, First Class dan banyak lagi.

Dalam pada itu, konsert tersebut dihasilkan oleh Harlow sendiri dan kerjasama Range Media Productions, Media.Monks dan Meta.

Baca juga: Konsert solo GOT7: Mark Tuan 6 Januari di Zepp KL

Baca juga: Hadiah Melly Goeslow untuk peminat Malaysia 1 Jun depan

Tidak hanya menghidangkan persembahan yang mantap, tetapi konsert itu turut diselitkan dengan dokumentari tentang perjalanan kerjaya sebagai anak seni selain keindahan kota kelahirannya, Louisvillie, Kentucky.

“Sebelum ini, saya tidak sedar dan melihat betapa cantiknya kota kelahiran saya, sehinggalah menyedarinya pada tahun lalu.

“Saya terus mengambil keputusan untuk menaiki bas bersama rakan-rakan saya ke Kentucky dan memilih tempat itu sebagai lokasi istimewa untuk mengadakan konsert,” kata Harlow memetik laporan antarabangsa, Deadline.

Untuk info, Harlow pernah mengeluarkan karya bersama Jungkook BTS dengan lagu yang berjudul, 3D, pada 29 September tahun lalu dan setakat ini meraih 109 juta tontonan di Youtube. — Arena Muzik

Previous Post

Konsert solo GOT7: Mark Tuan 6 Januari di Zepp KL

Next Post

Ara Johari tunggu masa sesuai lancar lagu baharu

Next Post

Ara Johari tunggu masa sesuai lancar lagu baharu

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.