BERMULA dengan minat gadis anak jati Bidayuh, Joanne Duke yang mula berjinak-jinak dalam industri muzik tanah air.
Karya ciptaan sepenuhnya oleh Archie Nasution, lagu Cinta Tidak Buta menjadi buah tangan pertama Joanne buat peminat walaupun masih hijau dalam industri hiburan tempatan.
Mesra disapa sebagai Joanne, berkongsi video nyanyian di TikTok dan Instagram menjadi langkah pertama buatnya membuka mata khalayak terhadap bakat dimiliki.
Kemudian, takdir menentukan segalanya apabila bakatnya itu berjaya di kesan oleh salah sebuah syarikat penerbitan sekali gus merealisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi.
“Salah seorang kawan sering berkongsi video nyanyian saya. Kebetulan kawan kepada kawan saya itu bekerja di Sony Music,
Baca juga: Lagu Taylor Swift, Miley Cyrus antara 5 karya popular 2023
Baca juga: Shaa kembali mempetaruhkan Kau Bukan Milikku
“Individu berkenaan ada menghubungi saya menerusi Instagram, tetapi saya tak perasan mesejnya. Kemudian, kawan saya tolong aturkan pertemuan bersama pihak Sony Music awal Julai lalu,” ujarnya saat berkongsi kisah perjalanan seni dalam industri muzik.
Selesai perbincangan empat mata, syarikat rakaman terkemuka itu kemudian mencadangkan untuk Joanne tampil dengan lagu pop meskipun dia adalah pencipta lagu balada.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu menyahut cabaran dan jatuh cinta dengan lagu Cinta Tidak Buta yang disifatkan berkait rapat dengan pengalaman lalunya.
Menariknya, Joanne bakal bekerjasama dengan komposer terkenal, Audi Mok untuk menampilkan single yang kedua darinya akan datang.
Dalam pada itu, menurut Joanne, kerjaya sebagai penyanyi tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya dan menganggap bahawa ianya satu rezeki.
Sekadar info, Joanne pernah bertugas menjadi pembantu eksekutif merangkap pembantu peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah, dia mendapat ‘restu’ serta galakkan daripada beliau seperti seorang bapa. — Arena Muzik