Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

12 lagu bakal berentap di AJL38

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 19, 2023
in Berita
64
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN bagi dua belas lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) bakal berentap di pentas akhir bagi merebut gelaran juara lagu ke-38 menjadi antara yang menarik perhatian peminat muzik tanah air.

Anugerah Juara Lagu (AJL) sememangnya menarik minat khalayak lebih-lebih lagi apabila mengetahui artis pilihan mereka terpilih untuk mara ke pentas akhir. AJL38.

Ini juga boleh dianggap sebagai peluang keemasan untuk komposer dan penyanyi muda untuk melebarkan sayap mereka untuk lebih dikenali serta meluaskan pengaruh dalam industri hiburan tanah air.

AJL38 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac depan memperlihatkan penyertaan pemegang gelaran juara AJL37 (2022), Aina Abdul yang kini mempertaruhkan single, Jangan Mati Rasa Itu.

Karya tersebut merupakan sentuhan sepenuhnya oleh Aina sendiri.

Aina Abdul mara ke pentas akhir AJL38 dengan lagunya Jangan Mati Rasa Itu.

Selain itu, diikuti dengan bekas juara AJL32 (2018) dengan lagu Jampi dan Haram (AJL 33, 2020), Hael Husaini berjaya menempah tempat ke AJL38 dengan membawa sinar menerusi lagunya Bintang yang dihasilkan sepenuhnya sendiri.

Lagu Astana yang menjadi kontroversi nyanyian Ernie Zakri juga berjaya melangkah ke pentas akhir AJL38 dengan hasil ciptaan oleh Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri dan Syamel.

Baca juga: Selena Gomez bakal lancar album baharu

Baca juga: Ibnor Riza meninggal dunia

Tambahan pula, lagu dendangan Faizal Tahir, Santai, yang dinyanyikan oleh Naqiu berjaya mara ke pentas akhir AJL38, selain turut memenangi sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Pilihan Alha Alfa selaku penaja utama pertandingan tersebut.

Saingan pentas separuh akhir Muzik-Muzik KE-38 (SFMM38) diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani merangkap ketua juri, LY, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Wanh idris.

Naqiu menyanyikan lagu Santai dengan penuh semangat di Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38).

Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL38) :

  1. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
    Komposer: Aina Abdul
  2. Bintang – Hael Husaini
    Komposer: Hael Husaini
  3. Sutera – Aisha Retno
    Komposer: Aisha Retno & MFMF
  4. Hasrat – Amir Jahari
    Komposer: Amir Jahari
  5. Inilah Jalannya – Masdo
    Komposer: Noh Salleh
  6. Darah – Marsha Milan
    Komposer: Naim Daniel & Firdaus Rahmat
  7. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain (Duet)
    Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
  8. Astana – Ernie Zakri
    Komposer: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
  9. Kucuma – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Duet)
    Komposer: A.Ramlee & Ezra Kong
  10. Kalam – Shiha Zikir
    Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
  11. Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali (Duet)
    Komposer: Amylea Zainal
  12. Santai – Faizal Tahir
    Komposer: Faizal Tahir. — Arena Muzik
Previous Post

M. Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Next Post

15 tahun dalam industri, Hyper Act hadiahkan peminat konsert Februari depan

Next Post
Foto: Haikal

15 tahun dalam industri, Hyper Act hadiahkan peminat konsert Februari depan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.