Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

M. Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Arena Muzik by Arena Muzik
December 18, 2023
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI veteran Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak kira-kira pukul 4.40 petang, Isnin.

Khabar duka itu dikongsi cucu Allahyarham yang dikenali sebagai Hasnorikram di Instagram storynya.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah,” katanya.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu sebelum ini dilaporkan berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangan.

Baca juga: Ibnor Riza meninggal dunia

Baca juga: Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Penyanyi berusia 85 tahun itu pada Mei lalu juga pernah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan gara-gara masalah sesak nafas.

Difahamkan jenazah akan dimandikan di Hospital Teluk Intan sebelum dibawa pulang ke rumah beliau di Kampung Sungai Balai Baroh Bagan Datuk malam Isnin.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Terapung Tuminah Hamidi Bagan Datuk sebelum Zohor esok untuk disembahyangkan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Baroh Bagan Datuk selepas solat Zohor.— Arena Muzik

Tags: M daud kilauMENINGGAL DUNIA
Previous Post

Selena Gomez bakal lancar album baharu

Next Post

12 lagu bakal berentap di AJL38

Next Post

12 lagu bakal berentap di AJL38

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.