Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Selena Gomez bakal lancar album baharu

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 18, 2023
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI popular antarabangsa, Selena Gomez memberi gambaran bahawa akan melancarkan album baharu dalam tempoh masa terdekat.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemilik nama lengkap, Selena Marie Gomez ketika menjawab pertanyanan salah seorang peminatnya di Instagram.

Pengguna media sosial yang dikenali sebagai Sapphirew bertanyakan pelantun lagu Single Love You Like A Love mengenai album terbaharunya SG3.

Bagaimanapun, Gomez memberikan reaksi yang tidak diduga apabila dia memaklumkan bahawa album tersebut akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

“Dalam tempoh dua bulan,” katanya ringkas di Instagram.

Berita gembira itu secara tidak langsung membuatkan peminat tidak sabar menantikan buah tangan baharu daripada pemilik anugerah Lagu Terbaik 2023 bagi lagu Calm Down di acara African Entertainment Award USA.

Baca juga: Ed Sheeran gegar SNBJ 24 Februari depan

Baca juga: Tiket ‘laku keras’ D’Masiv sekali lagi buat konsert di Kuala Lumpur Februari depan

Album terakhir Gomez yang dilancarkan pada 2020 berjudul Rare dikatakan menjadi titik noktah selepas penyayi berusia 31 tahun itu mengeluarkan kenyataan untuk meninggalkan dunia nyanyi sekali gus bersara daripada industri sekitar 2021.

Bagaimanapun, selepas memperlihatkan kejayaan lagu Calm Down yang berjaya mendominasi carta muzik di seluruh dunia, Gomez dikatakan berusaha gigih untuk menghasilkan lebih banyak karya berkualiti buat peminatnya.

Menurut media antarabangsa, Hollywood Life, selain memberi fokus kepada jenama kosmetiknya, Rare Beauty, Gomez turut menumpukan sepenuh perhatian di studio bagi merealisasikan hasratnya untuk menghasilkan album baharu yang dipercayai bakal dilancarkan pada awal tahun depan.— Arena Muzik

Tags: album selena gomezselena gomez
Previous Post

Raisa, Meerqeen ‘bercinta’ dalam Tak Berharap Lagi

Next Post

M. Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Next Post

M. Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.