Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Dari Carta RIM ke TikTok: Lagu-Lagu Paling Mempengaruhi Emosi Pendengar 2025

admin by admin
December 30, 2025
in Rencana
0
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Tahun 2025 menjadi detik yang penuh warna bagi industri muzik Malaysia, apabila lagu-lagu tempatan bukan saja menambat hati pendengar tempatan, malah sering berada di carta mingguan paling banyak distrim.

Dari radio, playlist digital hingga trending TikTok. Dari balada cinta yang menusuk kalbu kepada lagu-lagu pop moden yang “catchy”, tahun ini memperlihatkan evolusi cerita dan gaya muzik yang semakin matang.

“Seni Berdamai dengan Takdir” — Naim Daniel dan Adnin Roslan

Era baru bagi Naim Daniel muncul dengan kolaborasi berjiwa bersama Ustaz Adnin Roslan dalam lagu Seni Berdamai dengan Takdir. Lagu ini menjadi anthem bagi ramai pendengar yang merasakan setiap bait liriknya seperti mendakap jiwa  tentang menerima takdir cinta yang tak semestinya sempurna. Gabungan vokal pop moden dan mesej rohani halus menjadikan lagu ini kekal di barisan atas carta.

“Menjaga Jodoh Orang Lain” — Ara Johari

Lirik puitis dan suara emosional Ara Johari mengangkat lagu ini sebagai salah satu yang paling sering dimainkan di radio dan platform streaming. Menjaga Jodoh Orang Lain menyentuh tema cinta tak berbalas, satu pengalaman yang dekat dengan ramai peminat.

“Bukan Lagi Kita” — Nadeera

Sarat dengan vokal penuh “soul”, “Bukan Lagi Kita” menjadi lagu pilihan ramai sebagai runut emosi selepas perpisahan. Nuansa pop balada yang kuat, digabungkan dengan produksi moden, menjadikan lagu ini antara yang paling banyak distrim dalam carta mingguan. Lagu ini turut tular di TikTok apabila ramai rakyat Malaysia berkongsi kisah duka percintaan mereka.

Mengukuhkan lagi pencapaiannya, “Bukan Lagi Kita” dinobatkan sebagai Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), sekali gus mengangkat Nadeera sebagai antara vokalis wanita paling menonjol tahun ini.

“Reminisensi” dan “Pulang” — Insomniacks

Insomniacks terus mengukuhkan status sebagai antara kumpulan muzik tempatan paling dominan pada tahun 2025. Dua lagu mereka, Reminisensi dan Pulang, bukan sahaja mencatat jumlah penstriman tinggi di carta digital, malah mencetuskan gelombang luahan emosi dalam kalangan pendengar muda. Lagu-lagu ini kerap dijadikan soundtrack bernada perlahan di Instagram, TikTok dan podcast peribadi, menggambarkan tema kerinduan, kehilangan dan penyembuhan diri.

Dalam perkembangan berkaitan, Insomniacks bakal mengadakan konsert Malam Simfoni Luka pada 24 Januari 2026, sekali gus menjadi hadiah istimewa buat peminat setia mereka. Tiket konsert mula dijual pada 14 November 2025 menerusi laman sesawang Ticket2U.

 “Masing-masing” — Ernie Zakri & Ade Govinda

Kolaborasi ini mengejutkan ramai apabila lagu ini naik ke puncak RIM Chart awal tahun ini dan kekal relevan sepanjang musim. Ernie Zakri yang terkenal dengan vocal range nya sangat sesuai disandingkan dengan gaya indie pop Ade Govinda, menjadikan Masing-masing lagu duet yang tak mudah dilupakan.

Ernie juga turut memenangi Bintang Paling Popular dan  Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 bagi tahun 2025.

 “Menamakanmu Cinta” — Siti Nurhaliza & Ade Govinda

Legenda seni suara Malaysia, Datul Seri Siti Nurhaliza, tetap relevan di puncak carta tahun ini bersama lagu kolaborasi bersama Ade Govinda yang sering disebut sebagai “balada epik cinta moden”. Lagu ini sering menjadi pilihan stesen radio dan dipilih oleh peminat untuk dinyanyikan di konsert-konsert live sepanjang musim penghujung tahun.

Fenomena Muzik & Apa Maksudnya untuk Malaysia

Carta RIM (Recording Industry Association of Malaysia) kini menjadi rujukan utama aliran lagu tempatan, menunjukkan dominasi muzik Melayu di kalangan pendengar setempat sepanjang tahun 2025.

 Lagu-lagu seperti Seni Berdamai dengan Takdir, Ingat, dan Menjaga Jodoh Orang Lain bukan sahaja popular kerana melodinya  tetapi kerana liriknya menceritakan pengalaman hidup sebenar dari cinta pertama, patah hati, kehilangan, hingga ke penerimaan diri. Pendengar dapat ‘terbawa emosi’ dengan setiap baitnya.

Lagu Antarabangsa

Tahun 2025 turut menyaksikan dominasi lagu-lagu Barat yang bukan sekadar menguasai carta global, malah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pendengar di seluruh dunia. Dari TikTok ke Spotify, lagu-lagu ini menjadi latar emosi, memori peribadi dan suara generasi.

“APT.” — ROSÉ & Bruno Mars

Kolaborasi luar jangka antara ROSÉ dan Bruno Mars ini muncul sebagai antara fenomena muzik terbesar tahun 2025. Gabungan aura K-pop ROSÉ dari kumpulan KPOP terkenal Blackpink dengan sentuhan funk-pop ikonik Bruno Mars melahirkan sebuah lagu yang bukan sahaja viral di TikTok, malah kekal lama mendominasi carta penstriman global. “APT.” menjadi simbol kejayaan muzik rentas budaya yang segar, moden dan mudah melekat di telinga pendengar.

Lebih membanggakan, lagu ini turut meraih pengiktirafan tertinggi apabila memenangi Anugerah Record of the Year, Song of the Year dan Best Pop Duo/Group Performance oleh Recording Academy, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu lagu paling berpengaruh tahun ini.

“Die With A Smile” — Lady Gaga & Bruno Mars

Balada pop-soul ini menjadi antara lagu cinta paling beremosi tahun 2025, menggabungkan vokal dramatik Lady Gaga dengan kehangatan suara Bruno Mars. Hasilnya, sebuah karya yang menyentuh tema cinta, kehilangan dan harapan dalam satu alunan yang mendalam dan menyentuh perasaan.

“Die With A Smile” turut mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 dan Billboard Global, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara lagu balada paling dominan tahun ini.

“Golden” — HUNTR/X, EJAE, Audrey Nuna & Rei Ami


Sebagai lagu soundtrack yang mencuri perhatian global, “Golden” membawa semangat kemenangan dan keyakinan diri. Dengan gabungan vokal berbilang artis dan produksi moden, lagu ini menjadi simbol kebangkitan muzik pop alternatif yang segar dan berani.

Menariknya, lagu ini turut dipersembahkan oleh anggota kumpulan K-pop BabyMonster iaitu Ahyeon, Pharita dan Rora pada Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2025, sekali gus menerima pujian meluas daripada peminat dan pengkritik muzik atas kekuatan vokal serta persembahan bertenaga yang ditampilkan.

Previous Post

Ernie Zakri Rangkul Dua Anugerah Utama Abpbh 37

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.