Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Peminat Mahu KRU Adakan Lagi Konsert Tahun Depan

admin by admin
November 26, 2025
in hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

oleh Nadhirah Akmam

Gelombang sokongan terhadap kumpulan legenda KRU terus memuncak apabila peminat memenuhi media sosial dengan permintaan agar konsert berskala besar mereka diteruskan pada tahun hadapan.

Kejayaan konsert GenKRU The Finale One More Time baru-baru ini nyata belum cukup untuk memuaskan dahaga peminat setia yang mahu KRU kembali menggegarkan pentas.

Seorang pengguna, Ainasyiqueen17, meluahkan rasa teruja dan berharap KRU mempertimbangkan penganjuran konsert baharu. “Kami nak lagi konsert KRU! Tahun depan harap ada lagi,” tulisnya.

Pengguna lain, Nemosicomel, turut meminta konsert yang lebih panjang bagi menampilkan lebih banyak lagu popular KRU. “Tahun depan tolong buat lagi dan kalau boleh biarlah 4 ke 5 jam… #KRUforever,” katanya.

Seorang lagi peminat, Farhanazairul, mengulangi permintaan sama dengan harapan tinggi. “Kami mahu lagi.. Tahun depan ada lagi tolong laa,” ujarnya ringkas.

Permintaan berterusan ini hadir susulan kejayaan siri konsert KRU sebelum ini, termasuk empat penganjuran sold-out di Axiata Arena yang mencetus fenomena dalam industri muzik tempatan.

KRU sebelum ini menzahirkan penghargaan terhadap sokongan lebih tiga dekad peminat, namun masih belum mengumumkan perancangan rasmi untuk tahun depan.

Fenomena yang tercetus ini jelas membuktikan legasi KRU masih kukuh, dan peminat kini menantikan sama ada permintaan mereka akan direalisasikan dalam masa terdekat.

Previous Post

Shila Amzah Merayakan 25 Tahun Perjalanan Seni dengan ‘SA25’

Next Post

“Perjalanan” Kolaborasi Emosional Andi Rianto dan Ernie Zakri Anggap Kisah Hidup Sebagai Nadi Muzik

Next Post

“Perjalanan” Kolaborasi Emosional Andi Rianto dan Ernie Zakri Anggap Kisah Hidup Sebagai Nadi Muzik

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.