Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Siti Nordiana Lancar Single Terbaharu ‘Ahai’ di Layar LED Gergasi Bukit Bintang

admin by admin
November 10, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Nadhirah Akmam

PENYANYI popular, Siti Nordiana, mencuri tumpuan ramai apabila melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Ahai’ di layar LED gergasi Bukit Bintang malam tadi, sambil menghiburkan pengunjung dengan persembahan busking secara santai.

Lebih mesra disapa Nana, pemilihan lokasi terbuka itu dibuat bagi memberi pengalaman berbeza kepada peminat dan mendekatkan khalayak dengan muzik Irama Malaysia versi moden.

“Saya nak buat sesuatu yang lebih dekat dengan orang ramai. Kali ini kita tampil santai dan mesra, sambil berinteraksi terus dengan peminat di jalanan,” katanya kepada media.

Pelancaran itu turut diserikan dengan ‘flashmob’ membabitkan 30 penari, mencipta suasana meriah di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Lagu ‘Ahai’ merupakan hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, menampilkan elemen Irama Malaysia kontemporari yang menggabungkan keindahan tradisional dengan sentuhan moden.

“Dah lama saya nak hasilkan semula lagu berunsur Irama Malaysia. Hampir dua tahun saya fikir sebelum rakam lagu ini kerana jiwa saya memang dekat dengan muzik tradisional,” ujar Nana.

Beliau yakin lagu Irama Malaysia masih mempunyai tempat dalam industri tempatan dan mampu menarik minat generasi muda sekiranya diberi ruang di pelbagai platform muzik.

“Pendengar sekarang lebih terbuka dan menghargai pelbagai genre. Kalau lagu itu sedap dan ada jiwa, mereka akan terima,” katanya lagi.

Single ‘Ahai’, diterbitkan dengan kerjasama 7-Eleven, menjadi langkah pertama sebelum Nana merancang untuk menghasilkan album penuh berkonsepkan Irama Malaysia sebagai usaha mengangkat semula muzik warisan bangsa ke pentas arus perdana.

Previous Post

‘Malam Simfoni Luka’ Gabung Tiga Kugiran Serantau Bersama For Revenge, Insomniacks Dan Midnight Fusic

Next Post

DOLLA Kembali Dengan Single Baharu “Question”

Next Post

DOLLA Kembali Dengan Single Baharu “Question”

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.