Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

‘Malam Simfoni Luka’ Gabung Tiga Kugiran Serantau Bersama For Revenge, Insomniacks Dan Midnight Fusic

admin by admin
November 7, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Tiga kugiran popular serantau bakal berkongsi pentas dalam konsert ‘Malam Simfoni Luka’ pada 24 Januari 2026 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, yang dijangka menyentuh emosi dan mengundang air mata para peminat.

Konsert itu membawa konsep perjalanan rasa yang mengangkat tema luka, cinta dan harapan anak muda, sekali gus menjanjikan pengalaman muzik yang mendalam dan penuh makna.

For Revenge dari Indonesia bakal menjadi tumpuan dengan aura post-hardcore penuh jiwa, sementara Insomniacks tampil dengan identiti pop moden yang dekat di hati remaja. Midnight Fusic pula melengkapkan gandingan dengan sentuhan alternatif dreamy berunsur melankolik yang memukau.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, berkata konsert itu bukan sekadar hiburan, sebaliknya ruang untuk para peminat merasai dan meluahkan emosi melalui muzik.

“Kami mahu penonton bukan hanya menonton, tetapi menyelami setiap emosi yang dizahirkan dalam lagu-lagu sepanjang persembahan,” katanya pada sidang media.

Bagi mengukuhkan pengalaman itu, penonton bakal dibawa masuk ke dunia penceritaan setiap kumpulan melalui susunan muzik eksklusif, visual tematik serta pencahayaan sinematik yang dirangka untuk mencetuskan impak dramatik sepanjang malam.

Selain persembahan solo oleh setiap kugiran, peminat turut boleh menantikan segmen kolaborasi istimewa yang hanya akan dipersembahkan pada malam tersebut, menjadikan ia satu pengalaman eksklusif dan tidak berulang.

Tiket konsert ‘Malam Simfoni Luka’ akan mula dijual pada 14 November 2025 melalui laman sesawang

Previous Post

Masih Ada Sinar Untuk Industri Konsert Malaysia- Iman Tang

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.