Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Sentuhan Indie Dalam ‘Terjatuh Cinta’ – Julia Duclos Dedah Kisah Melepaskan Dengan Rela

admin by admin
November 5, 2025
in Rencana
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Selepas dikenali dengan lagu-lagu Inggeris bernuansa indie-pop, penyanyi dan penulis lagu, Julia Duclos, muncul dengan sisi lebih jujur dan rapuh menerusi single terbaharunya, Terjatuh Cinta iaitu karya pertama beliau sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Bukan sekadar balada patah hati, Terjatuh Cinta menjadi ruang buat Julia merakam fasa “melepaskan dengan reda” selepas melalui kehilangan dalam hidupnya. Dihasilkan JOEK bersama Danial dan Iskandar, lagu ini dirakam dalam suasana studio intim, malah kebanyakan vokal dilakukan dalam sekali rakam bagi mengekalkan emosi mentah.

“Kadang-kadang kita sayang sampai sanggup bertahan, tapi ada kekuatan dalam memilih untuk lepaskan,” kata Julia, mengakui lagu ini terasa seperti nota peribadi kepada dirinya sendiri dan mereka yang pernah mencintai dalam diam.

Julia turut menyentuh bahawa Terjatuh Cinta membawa mesej tentang mencintai dari jauh, dan memahami bahawa tidak semua yang kita genggam itu ditakdirkan untuk kekal.

Biarpun sarat emosi, lagu ini bukan kemurungan semata-mata. Sebaliknya, ia menjadi teman kepada pendengar yang sedang mencari kelegaan dan ketenangan.

“Perasaan sedih, marah, keliru — semuanya sah. Saya mahu pendengar rasa ditemani. Penyembuhan ambil masa, tapi lega itu wujud,” katanya.

Pelancaran single ini turut membuka lembaran baharu buat Julia yang kini bersedia membina portfolio dwibahasa, dengan projek lagu Melayu kedua serta beberapa karya Inggeris dalam perancangan. Beliau juga menyimpan hasrat menceburi dunia lakonan dan runut bunyi filem.

Terjatuh Cinta boleh distrim di Spotify, Apple Music dan YouTube Music, manakala video muziknya akan dilancarkan di saluran YouTube rasmi Julia.

Previous Post

“Terpatri Cinta” – Zara Zya Dedah Kisah Cinta Menyentuh Jiwa

Next Post

Ernie Zakri Tampil Dengan Single Funky Terbaharu, ‘Dansa’ Angkat Mesej Positif

Next Post

Ernie Zakri Tampil Dengan Single Funky Terbaharu, ‘Dansa’ Angkat Mesej Positif

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.