Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

‘Playlist ASEAN PMX’: Diplomasi Bertemankan Irama Malaysia

admin by admin
November 1, 2025
in Berita
0
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. 27 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further p

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. 27 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further p

1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“MACAM bukan, tapi betul dia”

Mungkin itu telahan ramai netizen setelah mendengar ‘Playlist ASEAN PMX’, gabungan lagu-lagu tempatan yang mengiringi momen beliau di media sosial sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC baru-baru ini.

Ternyata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini mencuri perhatian dengan cara yang cukup ‘beli jiwa’.

Setiap video dan hantaran di akaun rasmi Perdana Menteri tidak sekadar memaparkan suasana diplomasi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN, tetapi turut diserikan dengan pilihan lagu-lagu tempatan penuh makna dan nostalgia, membangkitkan rasa kebanggaan terhadap muzik tanah air.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah lagu “Samudera” nyanyian Aisyah Retno, yang digunakan dalam video majlis makan malam rasmi dihoskan oleh Presiden Timor-Leste, Manuel Ramos-Horta. Aisyah sendiri meninggalkan komen di Instagram Anwar:

“Terima kasih kerana menggunakan lagu ini, semoga jasa PMX yang seluas samudera sentiasa dikenang dan dihormati.”

Tidak terhenti di situ, lagu “Pertemuan” nyanyian Erra Fazira turut dipilih bagi mengiringi video pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, manakala “Lagenda” nyanyian Sheila Majid menjadi latar indah pada sidang media penutup.

Warganet memuji pendekatan kreatif ini, menyifatkannya sebagai “diplomasi berjiwa seni” yang menampilkan sisi lembut Malaysia di pentas antarabangsa.

Menariknya, fenomena ini turut merentasi sempadan apabila Perdana Menteri Singapura memuat naik video menggunakan lagu “Cak Cekuk” nyanyian Wani Kayrie, sambil menandai akaun Anwar di Instagram, sesuatu yang jarang berlaku dalam dunia diplomasi serantau.

Lagu “Untuk Dia” nyanyian Sleeq, “Angkasa” oleh Diandra Arjunaidi, serta “Nostalgia” oleh Ernie Zakri, turut tersenarai dalam senarai irama yang menemani momen-momen diplomatik itu, termasuk “Cubit-Cubit Sayang” nyanyian Datuk M. Daud Kilau bersama Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Dari Samudera ke Nostalgia, ‘Playlist ASEAN PMX’ bukan sekadar hiburan – ia adalah manifestasi seni dan diplomasi, membuktikan bahawa muzik mampu menjadi bahasa sejagat yang menyatukan bangsa dan sempadan.

Playlist ASEAN PMX :-

Tags: aseanpmx
Previous Post

SonaOne Bergabung Dengan Artis Vietnam tlinh Dalam Single Terbaharu ‘Polite’

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.