Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

SonaOne Bergabung Dengan Artis Vietnam tlinh Dalam Single Terbaharu ‘Polite’

admin by admin
October 28, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Penyanyi rap dan penerbit muzik, SonaOne kembali mencuri perhatian apabila tampil dengan single terbaharunya berjudul Polite, hasil kolaborasi bersama penyanyi dan rapper popular Vietnam, tlinh.

Lagu yang ditulis oleh SonaOne, tlinh dan SYA serta diterbitkan sendiri oleh SonaOne itu membawa kisah tentang cinta yang masih wujud namun semakin kehilangan komunikasi.

Menurut SonaOne, Polite sebenarnya sudah dihasilkan sejak tahun 2020 namun hanya direalisasikan tahun ini selepas mendapat cadangan untuk berkolaborasi dengan tlinh.

“Saya sudah ada lagu ini sejak empat tahun lalu dan rakam demo bersama SYA semasa tempoh lockdown. Namun saya belum temui arah yang sesuai sehinggalah pasukan A&R di Def Jam Malaysia mencadangkan tlinh. Selepas beberapa kali ke Ho Chi Minh City, semuanya menjadi nyata,” katanya.

tlinh, yang kini merupakan antara artis wanita paling berpengaruh di Vietnam, turut mengakui teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan SonaOne.

“Apabila pertama kali mendengar lagu ini, saya terus tertarik dengan beat dan melodinya. Saya hanya ikut naluri semasa menulis bahagian saya. SonaOne pula sangat mudah bekerjasama dan memberi kebebasan untuk saya berkarya,” katanya.

Dari segi konsep muzik, SonaOne menggambarkan Polite sebagai karya minimalis namun sarat emosi.

“Saya mahu Polite kedengaran seperti ribut yang tenang. lembut tetapi penuh perasaan. Bunyi 808 digunakan untuk mencipta ritma seperti degupan jantung, simbol kepada kata-kata yang tidak diucapkan,” ujarnya.

Lebih menarik, video muzik lagu berkenaan turut menjalani penggambaran di Ho Chi Minh City bersama pasukan produksi tempatan, menjadikan ia projek sulung SonaOne di Vietnam.

“Kalau lagu ini mampu membuat seseorang rasa tidak keseorangan walau hanya untuk tiga minit, saya anggap ia sudah berjaya,” tambahnya.

Single Polite bakal dilancarkan di semua platform penstriman pada 4 November ini, sekali gus menjadi simbol penyatuan dua budaya dalam satu karya muzik penuh gaya dan emosi.

Previous Post

Siti Nurhaliza, Lesti Kejora Bersatu Suara Dalam Lagu ‘Kumbang Bunga’

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.