Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Impak Empat sukses! Mungkin ada lagi selepas ini? Anuar Zain cetus tanda tanya

admin by admin
October 20, 2025
in hiburan
0
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT Empat yang mempertemukan empat nama besar industri muzik Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel mencipta momen magis di Mega Star Arena, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu apabila lebih 4,500 penonton dihiburkan dengan persembahan vokal kelas premium.

Membuka tirai dengan ‘Ku Bersuara’, Ernie memukau penonton dengan kawalan nada yang mantap sebelum Syamel meneruskan momentum menerusi ‘Lebih Sempurna’. Ziana tampil penuh aura dengan ‘Madah Berhelah’ dan Anuar Zain menutup segmen pembukaan dengan ‘Keabadian Cinta’, disambut sorakan gemuruh penonton.

Gandingan empat penyanyi dengan latar generasi berbeza ini menampilkan 28 lagu termasuk medley kenangan era 1990-an dan 2000-an seperti ‘Menadah Gerimis’, ‘Anggapanmu’, ‘Sedetik Lebih’ dan ‘Lelaki Ini’. Kekuatan vokal mereka kekal konsisten, membuktikan keutuhan seni yang tidak dimamah masa.

Menariknya, segmen penukaran lagu antara mereka berempat memberi interpretasi baharu terhadap karya popular masing-masing, satu cabaran kreatif yang menjadi tarikan utama konsert ini.

Interaksi santai dan penuh mesra antara mereka turut mencuri perhatian. Ziana digelar “Mak Long”, Anuar “Pak Ngah”, manakala Syamel bergurau memanggil diri “Tokey Panggung”, menjadikan konsert ini bukan sekadar persembahan vokal tetapi juga hiburan mesra keluarga.Konsert arahan Jennifer Thompson dan susunan muzik oleh Lee Sze Wan ini turut disaksikan rakan-rakan artis seperti Datuk Hattan, Edry Abdul Halim, Noryn Aziz dan Salamiah Hassan.

Sebagai penutup, Anuar meninggalkan tanda tanya dengan gurauan: “Mungkinkah Konsert Empat akan kembali di pentas lebih besar selepas ini?”

Satu cadangan yang pasti dinantikan peminat muzik tanah air.

Previous Post

Bintang Berhijab Austria, Jaqlyn Cipta Sejarah Bersama Awakening Music

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.