Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Syamel Ungkap Seribu Rasa Dalam “Beribu Tanda Tanya”

admin by admin
October 14, 2025
in hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Penyanyi bersuara emas, Syamel kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul “Beribu Tanda Tanya”, sebuah karya sarat emosi yang membawa pendengar menyelami keresahan hati dan persoalan cinta yang tidak berpenghujung.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim ini bukan sekadar karya biasa, ia adalah luahan jiwa yang penuh makna, diolah dengan sentuhan muzik yang halus dan lirik yang menyentuh perasaan.

“Lagu ini tentang seseorang yang dihantui persoalan dan ketidakpastian dalam hubungan. Ia menggambarkan perasaan yang bercampur antara harapan dan kesedihan, semuanya disampaikan melalui melodi yang lembut tapi kuat,” ujar Syamel, yang jelas begitu dekat dengan lagu ini.

Menariknya, keseluruhan proses rakaman dilakukan di Voltalab Sound Studio, Manchester, di bawah bimbingan Edry sendiri. Studio bersejarah itu pernah menjadi tempat rakaman beberapa legenda muzik dunia, termasuk kumpulan Oasis.

“Boleh saya katakan ini antara projek paling istimewa dalam kerjaya saya. Semua proses rakaman dibuat di Manchester, dari vokal hinggalah ke pembikinan visualizer. Ia pengalaman yang ‘mahal’ dan tak ternilai sebab saya dapat merakam di tempat yang pernah digunakan artis legenda,” katanya.

Lebih istimewa, “Beribu Tanda Tanya” turut dipilih sebagai lagu tema (OST) bagi drama bersiri terbaru Doa Yang Terlindung, yang bakal menemui penonton di saluran Media Prima tidak lama lagi.

“Lirik lagu ini dibina berdasarkan persoalan demi persoalan, sesuatu yang ramai boleh kaitkan dalam kehidupan sebenar. Kadang kita tak dapat jawapan, tapi rasa itu kekal dalam hati. Saya harap pendengar dapat hayati mesejnya,” kata Syamel.

Mengakhiri bicara, penyanyi itu menzahirkan harapan agar karya ini menjadi lagu yang kekal segar dan terus hidup dalam hati peminat.

“Saya harap ‘Beribu Tanda Tanya’ akan jadi lagu yang orang tak pernah jemu dengar mungkin satu hari nanti ia jadi lagu evergreen saya,” ujarnya penuh makna.

Dengan kekuatan vokal yang matang dan emosi yang mendalam, Syamel sekali lagi membuktikan bahawa dia bukan sekadar penyanyi tetapi pencerita jiwa melalui muzik.
Lagu “Beribu Tanda Tanya” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.

Previous Post

Kristal X dan Azlan & The Typewriter Bersatu Hidupkan Semangat Rock Tempatan Menerusi “Rockolusi Kuasa Dua”

Next Post

Bintang Berhijab Austria, Jaqlyn Cipta Sejarah Bersama Awakening Music

Next Post

Bintang Berhijab Austria, Jaqlyn Cipta Sejarah Bersama Awakening Music

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.